Bapa Dedah Punca Sebenar Anaknya Dikelar

Berita tentang seorang pelajar penuntut UITM Pulau Pinang memang dah viral di dalam sosial. MiG Online dapat tau yang pelajar terbabit meninggal selepas dikelar dileher dalam satu kejadian di lebuhraya PLUS KM 228.2 Menghala Selatan di sini.

Kejadian yang berlaku pada pukul 11.55 pagi itu, mangsa Nursyuhada Bt Johari, 20, pelajar tahun pertama di UITM Permatang Pauh ditemui oleh seorang penunggang motosikal dalam keadaan sudah dikelar berhampiran kenderaan Proton Perdana berwarna hitam yang dibawa oleh teman lelakinya.
“Selepas menyedari kehadiran saksi dan orang ramai yang berhenti untuk membantu suspek tersebut telah cuba melarikan diri masuk ke dalam hutan.

“Semasa mendekati mangsa saya telah melihat ada kesan kerah pada lehernya dan tiba-tiba suspek muncul kembali untuk mendapatkan telefon bimbit yang ada di dalam kereta.

“Suspek telah berkata minta maaf dia telah buat silap dan juga berkata dia tak mampus lagi ke ? cerita saksi.

Suspek telah ditangkap orang ramai dan menyerahkannya kepada pihak polis. Adik Nurshuhada telah dihantar terus ke Hospital Kuala Kangsar dengan menaiki ambulan pada 2 petang selepas dua jam bertarung nyawa dan disahkan meninggal di Hospital berkenaan.


Mengikut berita yang MiG Online dapat tau, suspek, Syarafi B Abu, 24, yang bekerja sebagai tukang masak di Melaka dikatakan mempunyai masalah mental dan juga merupakan teman lelaki mangsa.

Bapa kepada mangsa memberitahu pernah membuat laporan polis mengenai anaknya yang sering diganggu lelaki itu sejak dari Tingkatan Lima. Bahkan, beliau menambah kenal lelaki berkenaan. Suspek adalah rakan sekampung anaknya dan pernah meluahkan hasrat untuk menjalin hubungan serius dengan anaknya.

Namun beliau berkata, mereka sekeluarga menghalang hasrat lelaki itu kerana dia disyaki menagih dadah.

“Anak saya hanya berkawan biasa. Tetapi dia mahu mengadakan hubungan serius. Anak saya pernah beritahu kami, lelaki itu selalu mengganggunya. Saya pernah telefon dan hantar SMS kepada dia supaya jangan ganggu anak saya” , jelasnya.

“Saya sangat terkejut apabila rakan kelas anak saya menghubungi isteri saya dan memberitahu anak saya akan dicederakan sekiranya anak saya tidak mahu menaiki kereta lelaki itu.

“Isteri saya cuba menghubunginya anak saya beberapa kali, tetapi panggilan telefonnya tidak dijawab. Saya juga menghubungi ibu bapa pemuda itu meminta mereka menghubungi anak mereka untuk membawa pulang anak saya,” kata Johari.

Menurut ahli keluarga mangsa yang enggan dikenali, suspek menaiki kereta dan masuk ke kawasan kampus lalu menghunus pisau kepada mangsa supaya mengikutnya kira-kira jam 11 pagi.

Walau bagaimanapun, untuk mengelakkan khabar angin yang tidak baik melibatkan arwah, ahli jawatan kuasa bukan kerajaan (NGO), Muslim Care yang arwah pernah sertai mendedahkan sikap sebenar arwah Nurshuhada.

Takziah buat keluarga mangsa, Adik Nurshuhada. Semoga ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan keluarga terus tabah dalam menghadapi ujian dariNya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s