Eina Azman Punca Keretakan Hubungan Keluarga Suaminya?

Majlis resepsi Datin Paduka Eina Azman dan Datuk Paduka Kaiser Gurmeet baru-baru ini kelihatan meriah dan gilang-gemilang. Namun, disebalik kemeriahan yang dilihat rupa-rupanya ada terselit kontroversi tentang hubungan Eina dan keluarga suaminya.

Seorang wanita, yang mendakwa dirinya adik kepada Kaiser Gurmeet memaklumkan dirinya tidak mendapat jemputan untuk majlis tersebut, sekaligus menyatakan yang Eina Azman cuba memutuskan hubungan adik beradik antara dirinya dan Datuk Paduka Kaiser Gurmeet.

Nama agishwagill di laman Instagramnya, memberikan komen di hampir setiap gambar majlis persandingan Eina Azman dan Datuk Paduka Kaiser Gurmeet. Menurut agishwagill, dirinya tidak mendapat jemputan kerana Eina menuduh dirinya menggunakan perkataan kasar terhadap Eina dan ibunya.

Selain itu juga, Eina dikatakan menghasut suami suapaya tidak menjemput mereka ke majlis persandingannya.

Sejauh mana pun kontroversi yang berlaku, MiG Online mengharapkan hubungan antara mereka segera pulih seperti sedia kala. Yelah, bila dah berkaitan soal keluarga mesti akan timbul sesuatu perasaan yang tidak enak. Sama-samalah kita mendoakan mereka.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s