Mamat Gelap Mata Lesapkan Duit Selepas Gegar Vaganza?

Nama Mamat dan kumpulan Exists memang tidak boleh dipisahkan sejak dari kita kecil lagi.  Lagu “Untukmu Ibu” nyanyian Mamat memang menusuk jiwa peminat tegarnya satu masa dulu. Tapi lepas satu persatu masalah timbul dan nama Mamat kian pudar dalam industri seni tanahair.

Tapi, kini nama Mamat kembali menyinar apabila mendapat tempat ketiga baru-baru ni dalam Program Gegar Vaganza. Namun, timbul pula kisah yang tak sedap didengar , Mamat hilang entah kemana. Pengurus artis merangkap komposer Mie Kuaters yang bertanggungjawab menaikkan namanya kesal dengan tindakan Mamat pergi begitu sahaja selepas mengambil wang beberapa persembahan yang sepatutnya dia jalankan.

Berikut penjelasan Mie tentang isu Mamat ;

“Duit membuatkannya gelap mata, malah beberapa tawaran persembahan yang sudah diterima terpaksa dibatalkan kerana Mamat tidak dapat dihubungi. Jangan terlalu hidup dibayangi populariti kerana tidak selama-lamanya kita akan berada di atas. Mamat sepatutnya belajar daripada kesilapannya dan tidak mengulangi apa yang pernah dilaluinya.

“Sepanjang setahun, sebelum muncul tempat ketiga Gegar Vaganza, Mamat menunjukkan displin yang baik. Namun semua berubah apabila wang berada dalam genggamannya. Saya marah kerana tindakan tidak matang Mamat membuatkan beberapa perancangan terganggu.

“Saya memberinya bunga, tetapai Mamat meninggalkan ‘tahi’ yang membuatkan saya begitu kecewa”, jelas Mie.

Sedih juga bila Mig Online baca keluhan hati  Mie, orang yang terlalu ingin kita berjaya, tetapi lain pula yang terjadi bila duit dah berada dalam genggaman. Apa pun diharap Mamat tidak menggunakan wang kemenangannya itu untuk kembali melakukan aktiviti lampau. Bukan senang peluang kedua macam ni hadir. Kalau kita taknak berubah, takkanlah orang lain mampu nak ubah diri kita. Betul tak?

One thought on “Mamat Gelap Mata Lesapkan Duit Selepas Gegar Vaganza?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s