Awie Sebak Anak Buat Pengakuan?

Bila imbas kembali apa yang telah terjadi dengan rumahtangga Awie dan isterinya sangat menyedihkan. Lebih-lebih lagi terlalu banyak spekulasi yang timbul antara mereka berdua. Yang paling memilukan MiG Online, anak perempuan pertama Awie tampil memberi penjelasan yang sebenar tentang bapanya.

Hati ayah mana yang tak tersentuh apabila anak sendiri mempertahankan dirinya dengan menepis tohmahan dan fitnah daripada ibu tiri sendiri.Hasil perkahwinan Awie dengan Arni Nazira iaitu Puteri Aleeya Antasha telah memuatnaik status untuk “backup” ayahnya¬†dan mendakwa segala kata-kata Rozana Misbun adalah palsu semata-mata. Kata orang, kanak-kanak tak pandai menipu. Apa yang ditulisnya, itulah kenyataan.

“Luluh sebenarnya hati saya apabila membaca posting yang dimuatnaik olehnya (Aleeya) itu. Sampai menitis air mata saya. Tidak sangka dia sanggup berbuat demikian demi untuk pertahankan saya.

“Apapun, dia sudah besar. Dia sudah 15 tahun. Dia beritahu saya dia muatnaikkan status berkenaan kerana dia sudah tidak tahan lagi apabila membaca kenyataan dari pihak sebelah sana dan dia mahu ceritakan keadaan yang sebenar.

“Bayangkan seorang anak yang saya tidak ajar untuk berbuat demikian, tiba-tiba buat macam itu? Dan selalunya, yang akan pertahankan saya adalah anak perempuan saya yang kedua iaitu Putri Aleefa Antasha, 11. Tapi, inilah kali pertama dia berbuat demikian”.

Walau bagaimanapun, Awie tidak ingin mengulas lebih lanjut tentang masalah rumahtangga mereka. Sehinggakan anaknya juga telah campur tangan dalam permasalahan mereka. Hati bapa mana yang tidak tersentuh dengan kanak-kanak sebesar Antasha yang ingin mempertahankan ayahnya. Apapun, kami doakan yang terbaik untuk Awie dan keluarga. Semoga kemelut yang berlaku antara mereka segera pulih seperti sedia kala.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s