(Gosip) Ezzaty Abdullah dan Azwan Kombos Selesa Bersama?

Wahh, harini MiG Online ada dengar desas-desus tentang hubungan baik antara pelakon yang baru mengukir nama dalam persada seni iaitu Ezzaty Abdullah. Drama bersiri lakonannya berjudul Delina sedang ditayangkan di slot Lestary di TV3, mesti korang ada perasan si comel Ezzaty ni kan? Tapi dia sekarang ni dikatakan mempunyai hubungan ‘baik’ dengan Azwan Kombos. Jom kita selidik apa cerita sebenar hubungan mereka berdua ni.

“Saya dengan Azwan hanya kawan artis sahaja, selain Azwan saya juga rapat dengan seorang artis baru iaitu Daler dan kami sering keluar bersama-sama.

“Saya baru putus tunang dan pengalaman itu sentiasa membuatkan saya lebih berhati-hati dalam memilih pasangan agar tidak berlaku kesilapan sekali lagi,” ujarnya.

Selain itu juga, Ezzaty  diminta mengulas tentang gambar-gambar berdua yang sering dimuat naik di laman Instagram kedua-dua selebriti ini. Bila ditanya, Ezzaty mengakui pelakon lelaki tersebut seorang yang lembut dalam percakapan dan senang dijadikan sebagai seorang kawan baik.

“Saya kenal dia dah lama sebagai artis tetapi baru sahaja sebulan ini agak rapat selepas kami bersama-sama menghadiri sebuah program realiti tv.
“Bagi saya Azwan ni soft spoken, kalau orang tidak kenal dia mungkin sangka dia sedang mengurat tetapi sebanarnya dia memang jenis yang cakap lembut dengan semua orang.

“Berkenaan gambar berdua itu perkara biasa seperti kami bergambar dengan rakan-rakan lain juga, tetapi mungkin kerana peminat Azwan suka kami bersama, jadi mereka jadikan perkara itu sesuatu yang besar,” katanya.

Ohh, macam tu rupa-rupanya kisah sebenar hubungan ‘baik’ dorang tu. Tapi masing-masing pun single sekarang apa salahnya kenal hati budi, kan? Hehe Apa-apapun, MiG doakan hubungan baik antara mereka akan menjadi pembakar semangat untuk sama-sama berjaya dalam industri hiburan kelak.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s