Joe Flizzow Tidak Ambil Hati Dengan Kenyataan Malique

Penyanyi lagu Apa Khabar yang baru-baru ini menjuarai Anugerah Juara Lagu 29 bersama SonaOne membuktikan lagu Apa Khabar yang dibawakan oleh mereka mampu berdiri setanding dan sehebat lagu lain.

Sebelum ini dikhabarkan Joe Flizzow mahu menghidupkan kembali kumpulan Too Phat yang pernah menjadi satu fenomena satu masa dulu.

Tetapi kenyataan yang dikeluarkan oleh Malique mengenai perancangan Joe membuatkan Joe membatalkan hasratnya kerana pihak lain (Malique) menegaskan dia tidak mahu dikaitkan atau menjawab mana-mana lagi berkaitan dirinya.
“Buat masa ini saya tidak berminat untuk hidupkan semula Too Phat kerana kumpulan itu melibatkan dua individu.

“Saya tidak boleh paksa pihak satu lagi (Malique) jika dia tidak mahu berbuat demikian kerana ia memerlukan komitmen dan perhatian penuh dan bukan sekadar untuk memuaskan hati orang lain,” katanya.

Joe berkata demikian kerana kenyataan Malique menerusi laman web syarikat rakaman miliknya, Qarma Musiq yang memberitahu tidak bercadang untuk menghidupkan semula kumpulan itu.

Walau bagaimanapun, Joe menerima dengan hati yang terbuka tentang kenyataan Malique dan tidak mempunyai apa-apa masalah walaupun mereka sudah lama tidak bertemu.

“Kalau itu yang dia katakan maka itulah dia,” ujarnya ringkas.

Sementara itu, Joe berkata, sekarang ni dia hanya fokus kepada penerbitan album dua artis dibawah naungannya iaitu SonaOne dan Illa Damila yang dijangka akan dipasarkan pada tahun ini.

Walaupun hubungan persahabatan mereka masih lagi menjadi tanda tanya, MiG Online mengharapkan hubungan mereka akan kembali terjalin seperti sebelum ini. Semoga peminat sentiasa memberi sokongan kepada mereka.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s