Fara Fauzana Yakin Ada Jodoh Satu Hari Nanti

Baru-baru ni MiG Online dengar rezeki Fara Fauzana atau lebih kita kenal dengan panggilan Fafau semakin bertambah, Alhamdulillah. Dulu kita kenal Fafau sebagai penyampai radio, lepas tu diberi peluang untuk mengacara Nona di TV3, harini dengar khabar Fara bergandingan dengan AG dalam program Muzik-Muzik 30.

Bercakap mengenai soal jodoh, Fara menjelaskan dia tidak lagi rasa terbeban apabila sering diasak dengan pertanyaan mengenai perkahwinan. Malah dia seperti sudah terbiasa dengan pertanyaan tentang perkahwinan dan yakin akan ada jodoh untuknya satu hari nanti.

“Dulu saya akui memang seorang yang terlalu berfikir apabila ada yang bertanya tentang kahwin tetapi sekarang tidak lagi. Saya tidak rasa bebanan itu.

“Allah adalah seorang sebaik-baik perancang dan saya ingin berpegang pada kata-kata ini dan yakin pasti akan ada jodoh saya suatu hari nanti.

 

“Kalau tidak pun mungkin saya ditakdirkan untuk menjaga kedua ibu bapa saya sehingga ke akhir hayat dan bukan semua orang dapat peluang itu,” jelasnya.

Fara menambah, bukan dia tak mencari jodohnya, dia juga mengaku ada kenal dengan beberapa lelaki untuk dijadikan teman istimewa, tapi mungkin belum bertemu yang sesuai dengannya.

“Mungkin kedengaran klise tetapi itulah hakikatnya. Bagaimanapun saya bersyukur kerana keluarga amat memahami dan tidak pernah masuk campur tentang urusan itu,” jelasnya.

Macam tu lah serba sedikit penjelasan Fara mengenai soal jodoh, betul kata Fara. Jodoh tu semua rahsia dan ketentuan dariNya. Apapun, MiG Online mendoakan Fara bertemu dengan bakal imam yang mampu menjaganya. Peminat pun doa-doakanlah yee

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s