Tasha Shila Berkepit 24 Jam Dengan Boyfriend?

Terkejut MiG Online dengar berita yang hangat ni. Baru-baru ni dunia hiburan kita ada keluar satu gossip tentang kewujudan 10 orang selebriti wanita tempatan yang menjadi ‘escort girl’ kepada VVIP di Malaysia.

Escort girl ni maksudnya lebih kurang mereka melayan atau ‘escort’ VVIP dan mereka juga dapat bayaran yang tinggi jika menjadi escort girl kepada VVIP berkenaan.

Tapi yang lebih mengejutkan MiG Online bila nama Tasha Shila yang timbul dalam gossip yang diperkatakan ni. Yang lagi menariknya, rancangan Melodi semalam telah menemubual Tasha Shila atas dakwaan diri pelakon itu adalah salah seorang daripada gadis escort girl.

Tasha Shila juga agak terkejut dengan gossip yang dilemparkan terhadap dirinya memandangkan dia sudah mempunyai kekasih yang sentiasa ada disampingnya. Tak ada ciri-ciri seorang ‘escort girl’ yang selalunya terpaksa membuat kerja tersebut kerana kesempitan wang. Tasha Shila pun tidak tahu mengapa dia dikaitkan dengan berita tersebut.

“Tasha agak terkejut dengan perkara ini. Ini benda sensitif dan Tasha tak mahu komen apa-apa. Tasha akan serahkan hal ini kepada peguam. Zaman sekarang ini, manusia sendiri yang goyangkan pokok. Tak ada angin pun pokok boleh bergoyang. Sendiri kena ingat.

“Hubungan Tasha dan kekasih tidak tergugat dengan benda-benda macam ini. Setiap 24 jam dia akan bersama Tasha sampai orang meluat tengok. Tasha cari rezeki yang halal. Doakanlah Tasha”.

tasha shila

Amboi, sampai 24 jam berkepit dengan boyfriend betul ke Shila? Susah juga bila dah popular ni ye? Ada aje gossip yang kita sendiri tak tau asal usulnya dari mana, tapi terkena diri sendiri. Biasalah Tasha ni lah namanya dunia hiburan. Takkan lari dari gossip. Apapun, MiG Online harap Tasha bersabar dan buat apa yang betul okay.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s