Abby Abadi Mahu Berkahwin Lagi?

Selamat tengahari untuk semua pembaca MiG Online. Untuk hari Selasa ni MiG Online nak kongsi sikit  tentang Abby Abadi yang macam nak menikah lagi pada bulan April ni. Tapi betul ke? MiG Online pun tak berapa pasti tentang berita ni. Tapi MiG Online terpandang post yang Abby Abadi muatnaik di laman sosialnya.

Selepas Abby Abadi berpisah dengan suami keduanya Farhan, Abby masih aktif berdakwah. Dari dulu banyak perkara juga yang Abby rahsiakan daripada peminat.

Cuma ada timbul desas-desus sebelum ini yang MiG Online dengar tentang gosip Abby telah bertemu pengganti dengan seorang ustaz. Gosip tersebut telah pun dinafikan oleh Abby, Abby menjelaskan mereka hanya kawan biasa, hanya baru mempunyai tempat istimewa dalam hatinya. Hmmpp, kalau begitu mungkin serius kan?

FotorCreated

Gambar mereka pun dah menunjukkan mereka sudah serasi bersama. Selain tu, gambar yang  MiG Online nak share ni ialah gambar hantaran yang diidamkan oleh Abby yang ingin dipinjam untuk dua hari di dalam Instagramnya, dan juga sekeping foto ustaz berkenaan bersama bekas suami Abby iaitu Norman Hakim.

Mula-mula MiG Online tak berapa pasti dengan berita ni, tapi dengan kapsyen yang Abby keluarkan ; “Buat Ayah Lama & Baru “, pasti membuatkan peminat tertanya-tertanya dan beranggapan Abby akan menukar statusnya tak lama lagi.Walau bagaimanapun, MiG Online doakan yang terbaik untuk Abby Abadi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s