Sepahtu Mahu Ikut Jejak Nabil?

Sebelum ini, salah seorang peserta Maharaja Lawak Mega (MLM) iaitu Nabil dah mengumumkan yang dia undur diri dari menyertai (MLM), kini giliran Sepahtu pula yang mahu tarik diri dari menyertai edisi yang berikutnya.

Sepahtu yang dianggotai oleh Jep dan Shuib akui yang mereka telah membuat keputusan untuk tidak menyertai edisi Maharaja Lawak Mega akan datang untuk memberi laluan kepada bakat baru.

“Kami rasa pentas ini kami harus bagi peluang kepada mereka yang lain. Semua edisi sebelum ini kami masuk, takkan 2015 nak masuk lagi. Kami sebulat suara untuk tidak menyertai Maharaja Lawak Mega yang akan datang,” ujar Sepahtu.

Kita semua tau yang Sepahtu ni mempunyai ramai peminat mereka diluar sana, bukan kerana nama ‘Sepahtu’ tersebut, tapi kerana bakat yang dimiliki oleh mereka telah membuktikan mereka adalah yang terbaik. MiG Online berharap Sepahtu akan terus menghiburkan industri seni tanahair dengan lawak-lawak yang tak terfikir dek akal macam selalu. Semoga terus maju dan berjaya dalam apa jua yang korang akan lakukan selepas ni.

One thought on “Sepahtu Mahu Ikut Jejak Nabil?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s