Epy Kodiang Bercinta Dengan Omputih?

Mesti korang semua dah kenal dengan pelawak Epy Kodiang kan? Sebelum ni, Epy dikenali melalui program Raja Lawak, tapi mungkin bukan rezekinya disitu. Kini Epy muncul sebagai pelakon dan selalu tampil dalam filem atau drama dengan lawak dia yang slumber tu. Dikenali dengan nama Epy atau nama sebenarnya Muhammad Hanafi bin Rusmadi,22, merupakan artis dibawah naungan MiG yang kian menyinar bakatnya.

Antara filem yang pernah dilakonkan oleh Epy ialah, 7 petala cinta, Bro, Nampak Motor Gua?, Kisah Paling Gangster, Nongkrong dan paling terbaru telefilem Sebenarnya Omputih Itu Isteri Aku yang akan menemui korang 15 Februari ni.

Selain tu juga, pendatang baru yang akan mewarnai industri dunia hiburan tak lama lagi, Navilya Husna. Gadis kecil molek dan comel yang baru berusia 18 tahun ni, baru lagi dalam industri tetapi mempunyai bakat yang besar dalam bidang lakonan. Navilya memegang watak Heroin dalam telefilem Sebenarnya Omputih Itu Isteri Aku bergandingan bersama Epy Kodiang.

Sebuah telefilem romantik komedi ini bakal membuat anda tak kering gusi melihat telatah suami yang terpaksa melayan kerenah isteri Omputihnya. Hah, nak tau kesudahan telefilem ni, kena lah langgan di HyppTv, HyppFlicks+ di Saluran 801. Jangan lupa langgan dan tonton ye🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s