Hubungan Tasha Shilla dan Kekasih Bakal Berakhir?

Hubungan pasangan romantik Tasha Shilla dan buah hatinya, Han, bakal berakhir? Hah, tapi maksud berakhir bukannya berpisah tau. MiG Online maksudkan berakhir dengan sebuah ikatan perkahwinan. Hehe. Terkejut kan. Umum pun tahu tentang hubungan cinta antara Tasha dan kekasihnya peninju Muay Thai, Han Chen Wong yang dikatakan akan menyemai ikatan perkahwinan tahun ni.

Cerita ni dah disahkan oleh Han sendiri semasa menemani Tasha memberi penjelasan tentang kes yang baru-baru ni juga timbul, mengatakan yang kononnya Tasha ni merupakan ‘escort girl’ kepada VVIP.

“Saya merancang untuk mengahwininya tak lama lagi. Harapnya tahun ini juga. Saya harap dan percaya kontroversi liar mengaitkan dirinya akan berakhir andai kami berkahwin.

“Tetapi sebelum itu kontroversi yang terjadi ini perlu dihentikan. Saya menyokong penuh usaha dia membersihkan nama ini,” kata Han yang sudah tiga tahun bercinta dengan Tasha.

Tasha kata lagi, dia buat keputusan berkahwin ni pun bukan sebab dia nak tutup kontroversi liar dan gosip murahan ni semua, tapi mungkin dah sampai masanya untuk mereka bersatu dalam sebuah ikatan perkahwinan. 

Wah, Alhamdulillah. Bagus lah kalau macam tu. Walau apapun yang mereka rancang, MiG Online mendoakan yang terbaik untuk perhubungan mereka. Nampaknya, ramai juga artis tempatan yang bakal menamatkan zaman bujang pada tahun ni kan? Moga semuanya dipermudahkan.

One thought on “Hubungan Tasha Shilla dan Kekasih Bakal Berakhir?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s