Jom Berkenalan Dengan Bintang Baru MiG Talent

Mesti ada antara korang yang nak tau siapa dorang yang selalu muncul dalam filem atau telefilem terbitan MiG ni kan? Hari ni, MiG online nak perkenalkan dengan korang bakat-bakat baru yang bakal mewarnai industri hiburan tanah air. Jom kita check it out siapa dorang ni sebenarnya ;

Gadis-gadis yang dekat luar sana tu kalau nampak abang sado ni mesti confirm jatuh cinta punya betul tak? Hehe. Nama sebenar dia panjang tau, Sheikh Zulfahmy Reza bin Sheikh Abdul Ghani. Tapi dalam MiG Talent dia dikenali dengan nama Fahmy Reza je. Sangat berbakat dalam bidang yang diceburi, rajin dan humble je. Ni confirm pilihan mak-mak mertua! Hehe. Anak kelahiran Pahang ni jauh merantau semata-mata nak capai cita-cita dia. Bukan senang nak jadi seorang artis yang berjaya, semuanya perlukan pergorbanan. Lahir pada 9 Disember 1990. Antara telefilem yang telah menempatkan lakonan Fahmy ialah Telefilem “Sebenarnya Omputih Itu Isteri Aku” di HyppTv. Sesiapa yang masih takde saluran tu, jom langgan Hypptv Tm Unifi sekarang tau.


Fuh! Kalau yang ni, tengok renungan mata pun dah cair. Belum jumpa depan-depan lagi. Hehehe. Memey Roneey ni pula manis je orangnya. Nama sebenar Memey, Nulsamimi Binti Roni. Lahir pada 19 September 1995. MiG Online suka tengok Memey ni sebab Memey ni peramah dan sopan santun. Memey mula berlakon dalam satu telefilem “Sebenarnya Omputih Itu Isteri Aku” di HyppTv. Selain tu juga, Dendam Semalam antara drama pertama lakonan Memey yang bakal ditayangkan pada bulan Mac akan datang.

Jejaka kacak ni pulak nama dia Ahmad Syafiq Bin Khairul Anwar. Tapi dalam MiG Talent dipanggil Amad. Amad ni berasal dari Seremban. Dengan bakat yang ada, Amad telah melakonkan beberapa watak dalam filem dan telefilem “Jangan Ambil Nyawa Aku”,” Ia wujud” dan lain-lain lagi. Kalau nak tau Amad ni seorang yang agak pendiam, tapi mudah belajar sesuatu dengan cepat. Selain tu juga, seorang yang berani cuba sesuatu yang baru. Amad lahir pada 10 Mac 1992. Walaupun muda lagi, banyak yang Amad perlu belajar. Tapi dengan komitmen yang Amad berikan, menunjukkan Amad ni seorang yang pantang berundur. Semoga terus berusaha menjadi seorang yang berjaya menempah nama di persada seni satu hari nanti.

Si cantik jelita ni dikenali dengan nama Dania Azmi. Nama sebenarnya pula ialah Fatin Idania Binti Azmi. Nama secantik orangnya kan? Jejaka kat luar sana tu hati-hati eh, kalau terserempak boleh gugur jantung tau. Hehe. Mesti korang nak tau selanjutnya tentang Dania. MiG Online nak tanya sikit ni siapa yang baca entry ni orang Melaka? Ha, samalah dengan Dania ni. Dia pun berasal dari Melaka. Berumur 23 tahun rasanya tahun ni. Lahir pula pada 14 Januari 1992. Anak kelahiran Melaka ni pun baru lagi dalam MiG Talent.  Tapi Dania akan muncul dalam telefilem Sebenarnya Omputih Itu Isteri Aku di HyppTv.

One thought on “Jom Berkenalan Dengan Bintang Baru MiG Talent

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s