Kak Yong Yana Samsudin Milik Abang Fadzil Zahari

Wah, teruja MiG Online dengar berita Yana Samsudin telah sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya, Fadzil Bahri Bin Dato Dr Zahari pada pukul 4;16 petang tadi. Majlis telah diadakan di kediaman keluarga pihak perempuan di Yong Peng. Johor. Dengan sekali lafaz, Yana dah pun menamatkan zaman bujangnya. Alhamdulillah.

Pengantin perempuan menerima mas kahwin sebanyak Rm10,000 manakala wang hantaran sebanyak Rm50,000. Pihak lelaki pula menyediakan lima dulang hantaran berbalas tujuh hantaran daripada pihak perempuan.

Sebelum ini, Fadzil telah merisik Yana pada beberapa tahun yang lalu. Tapi Yana masih belum bersedia dan ingin menumpukan perhatian terhadap kerjaya dan keluarganya. Namun jodoh dan pertemuan telah ditentukan dan tiada siapa dapat menyangkalnya. Akhirnya mereka telah pun selamat disatukan.

Pernikahan ini disempurnakan oleh jurunikah Imam Shamsul Rizalaris Bin Abd Hamid. Majlis yang berlansung ini diadakan secraa sederhana dengan dihadiri oleh keluarga, sanak saudara, kenalan rapat dan wartawan sahaja.

Majlis persandingan pasangan bahagia ni akan diadakan secara besar-besaran pada hari esok, 14 Februari di Dataran Gemilang yong Peng. Singgah sana indah adalah rekaan dari Mega Bridal Creation yang memilih tema “Garden Contemporary”.

Pelamin pula adalah dari rekaan Flair Design Kuala Lumpur . Selain dari tu juga turut menyediakan hantaran mengikut tema perkahwinan iaitu ‘serba putih di taman bunga’.

Semoga majlis yang akan berlansung esok berjalan lancar dan dipermudahkan olehNya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s