Pemergian Seorang Insan Yang Tiada Galang Gantinya

Sayunya hati ketika pemergian seorang insan yang amat disayangi rakyatnya meningalkan dunia buat selama-lamanya. Bukan sahaja rakyat Kelantan merasa kehilangan, bahkan semua penduduk masih dalam keadaan sedih pada saat dan ketika ini.

Jika belum mengenali siapa Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat yang sebenarnya, bolehlah ambil masa untuk membaca kisah dan biodata beliau yang agak menarik ini. Semoga menjadi manfaat buat kita semua.

Biodata YAB Dato’ Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat. Beliau dilahirkan pada tahun 1931 di Kampung Pulau Melaka,Kelantan.

Beliau bukan sahaja seorang yang berpendirian teguh dengan perjuangannya, tetapi beliau adalah seorang pemimpin yang penuh ilmu dalam diri.  Beliau menyambung pelajaran di beberapa pusat pengajian antaranya Pondok Tuan Guru Hj Abbas, Besut, Universiti Deoband India, Universiti Lahore Pakistan, Universiti Al Azhar, Sarjana Muda bahasa Arab dan Sarjana Perundangan Islam.

Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sangat kuat berpegang kepada ajaran Islam di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1931.

Bapanya, Haji Nik Mat bin Raja Banjar bin Raja Abdullah bin Raja Mamat merupakan keturunan Raja Jembal. Bapanya lebih dikenali dengan panggilan Tuan Guru Nik Mat Alim disebabkan beliau arif dalam ilmu-ilmu agama. Beliau terkenal di Kelantan dalam mengendalikan institusi pengajian pondok di Kampung Kedai Lalat.

Di situlah Nik Abdul Aziz mendapat pendidikan awal bersama ratusan pelajar Islam dari segenap ceruk rantau Asia Tenggara. Sejak kecil beliau mempelajari dan mendalami kitab-kitab agama yang muktabar dari Almarhum ayahandanya serta belajar menulis daripada ibunya Hajah Aminah Majid.

Sewaktu usia 9 tahun, Nik Abdul Aziz dihantar berguru dengan Tuan Guru Haji Abas Mohamad di pondok Madrasah Ittifaqiyah, Jertih, Besut, Terengganu. Tuan Guru menuntut ilmu di situ selama setahun sehingga peperangan Jepun berlaku dan pengajian dihentikan buat seketika.

Pada masa ini juga, Tuan Guru berulang alik ke Kampung Sirih, berguru dengan Tok Khurasan dan belajar dengan Tuan Guru Ali Pulau Pisang dalam mata pelajaran Nahu dan Tuan Guru Dato’ Muhamad Nur Ibrahim (bekas Mufti Kelantan) dalam pelajaran Fekah. Setelah perang tamat Tuan Guru menyambung kembali pelajaran secara formal di Ittifaqiyah.

Walaupun usia Tuan Guru masih muda tetapi beliau dapat menguasai kitab Asmuni (sebuah kitab nahu yang agak tinggi) setanding dengan murid-murid yang lebih tua.

Pada tahun 1945 beliau menyambung pelajaran di Jamek Merbawi Al-Ismaili, Kota Bharu hingga 1952. Beliau menyambung pelajaran ke Universiti Darul Ulum di Deoban, India, mendalami ilmu Fekah, Usul Fekah, Tafsir al-Qur’an, Hadis dan lain-lain.

Ketika di India beliau juga telah berguru dengan Sheik al-Hadith dan guru Tarikat yang terkemuka di India iaitu Maulana Mohamad Ahmad Al-Madani dengan mendapat ijazah. Maulana Mohamad seorang pejuang kemerdekaan India yang pertama dan pernah di penjara semasa penjajahan Inggeris.

Pada 1957 beliau menyambung pelajaran ke Pakistan dalam bidang Tafsir. Pada 1958 menyambung pelajaran di Kuliyatul Lughah di Al-Azhar, Mesir dan memperolehi ijazah sarjana muda dalam jurusan pengajian bahasa Arab kemudian menyambung pelajaran sehingga mendapat ijazah sarjana (M.A) dalam jurusan kehakiman dan perundangan Islam selama 2 tahun. Kemudian beliau mendapat diploma pendidikan di Darul Azhar dan pulang ke tanahair Februari 1962.

Subhanallah, berebut-rebut manusia mahu membawa jasadnya. Pemergian Tok Guru Nik Aziz sangat mengejutkan rakyat Malaysia. Pemergiannya ditangisi oleh semua rakyat. Ini adalah perjalanan terakhir beliau sebagai Ilmuan Islan dan Ahli politik disegani ramai ;

Tuan Guru Nik Aziz disahkan meninggal dunia susulan menghidap Kanser Prostat semenjak 1 Januari 2015. dan dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).

Pihak HUSM membenarkan Tok Guru Nik Aziz dibawa pulang ke rumah pada pukul 8.40 malam pada 12 Februari susulan keadaan yang sudah kritikal.

Beliau menghembuskan nafas terkahir pada pukul 9.40 malam 12 Februari di kediamannya, di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan.

Meninggalkan seorang balu iaitu Tuan Sabariah binti Tuan Ishak dan 10 orang anak, 5 lelaki dan 5 perempuan.

Solat jenazah telah diadakan pada 10 pagi, Jumaat, 13 Februari di Masjid Tok Guru di Pulau Melaka sebelum dikebumikan.

Kehilangan beliau amat dirasai dan tiada gantinya. Semoga Allahyarham ditempat dikalangan orang yang beriman. Al-Fatihah…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s