Syaiful (Zero) Dihentam Peminat Kerana Lupa Diri?

Bila dengar cerita tentang Zero, mesti korang semua tau tentang kemenangan di Pentas Akhir Maharaja Lawak Mega 2014 tempoh hari, mereka ada mengeluarkan kenyataan jika mereka bergelar juara, wang tersebut bakal digunakan untuk menghantar ibu menunaikan haji, membuat rumah, dan perbelanjaan kahwin Syaiful.

Tiba-tiba yang paling terbaru, dengarnya Syaiful telah mengumumkan untuk menunda perkahwinannya kepada satu tarikh lain. Agak-agaknya kenapa pula?

mng

Ikut perbincangan mereka, Syaiful nekad menunda perkahwinannya dengan alasan ingin fokus terhadap kerjaya. Namun hajat mereka untuk membuat rumah dan menghantar ibu menunaikan haji tetap dilaksanakan.

“Nawaitu asal kami menyertai Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014) adalah untuk mendapatkan wang dan menunaikan dua hasrat kami itu.

“Hal perkahwinan, mungkin akan ditunda terlebih dahulu. Buat masa ini biarlah kami bertiga fokus pada kerja dahulu”.

oiii

Lepas Syaiful buat keputusan  yang ingin menunda perkahwinannya ternyata menimbulkan pelbagai reaksi daripada peminat. Ada yang memeberi komen supaya Syaiful jangan lupa diri, jangan lakukan kesilapan dan lain-lain lagi.

Peminat bukan saja nak komen macam tu, tapi kalau nak diikutkan sebelum jadi juara Syaiful ada memberitahu bahawa dia akan menggunakan duit tersebut untuk perkahwinan namun sebaliknya yang berlaku. Tak kurang juga ada yang mula menyamakan Syaiful dengan kisah Mawi.

km1km2km3km4

MiG Online pasti Syaiful ada sebabnya tersendiri kenapa dia nak dahulukan kerjayanya berbanding perkahwinan. MiG Online doakan 3 adik-beradik anak kelahiran Sabah ni membuat pilihan yang tepat. Apapun yang Zero ingin lakukan, MiG Online berharap Zero sentiasa sama macam dulu. “Pantang Mundur Kecuali Operasi “

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s