Isu Gambar Di Tangan Pengganas, Nora Buat Laporan Polis

Pelakon utama filem Gudang Kubur yang kini sedang ditayangkan, Nora Danish membuat laporan polis mengenai isu gambarnya viral didalam video terkini  oleh sekumpulan anak muda yang menggelarkan diri mereka sebagai Anak Muda Malaysia. Mereka mengugut untuk mengadakan bantahan terhadap sistem keadilan dengan menyerang mahkamah pada 11.30 malam, Rabu ni.

Kumpulan yang menggunakan ID pengguna YouTube ‘isis malaysia 69′ yang dianggotai empat lelaki terbabit, turut menghasut seluruh anak muda negara ini turut serta membantah dengan cara mereka di dalam keterangan video tersebut.

Dalam sebuah rakaman video berdurasi 1:01 minit tu, mereka menggunakan gambar Nora Danish untuk membuktikan yang mereka adalah rakyat tempatan.

“Kepada mana-mana parti yang telah lama memerintah, kami anak muda Malaysia dengan ini mengumumkan hasil manipulasi tipu helah selama ini menggunakan demokrasi, kami tidak lagi percaya sistem demokrasi.

 “Andalah yang membentuk kami, kami terbentuk hasil dari tangan-tangan anda,” ugutnya.

“Kami baru bermula, dan akan pergi jauh, semakin rosak demokrasi, semakin berkembang dan jauh cara kami menentang,” katanya.

Tindakan empat individu tersebut menyerupai video ugutan yang pernah dilakukan oleh para pemberontak di timur tengah. MiG Online harap moga segala kesulitan ini dapat diselesaikan dengan segera tanpa membabitkan nyawa.

Sumber : Suara Tv

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s