Shaheizy Sam Dan Syatilla Melvin Ada Hubungan Serius?

Sebelum ini ramai yang tahu tentang gosip antara Shaheizy Sam yang dikatakan bercinta dengan Fazura. Tapi cerita tersebut telah pun dinafikan oleh mereka berdua. 

Tiba-tiba timbul pula gosip pelakon Syatila Melvin dikatakan memerli Fazura kerana Sam tidak pernah mengumumkan atau mengiyakan mereka pernah bercinta. Peminat tertanya-tanya apa sebenarnya hubungan antara Sam dan Syatilla sampai sanggup mempertahankan Sam.

Kata Sam, Syatilla ialah kawan perempuannya yang paling rapat waktu ni manakala kata Syatilla, adalah lebih manis jika Sam sebagai seorang lelaki memberi penerangan tentang hubungan mereka.
“Saya tidak akan mengulas cerita hubungan kami . Tetapi saya akan mengiyakan apa saja yang Sam katakan.

“Saya memilih untuk menjadikan hubungan saya dengan Sam seperti teka-teki. Saya tidak mahu mengiyakan atau menafikan.

“Ini kerana lazimnya, wanita yang kerap dipersalahkan masyarakat jika bersikap terbuka tentang soal peribadi. Justeru saya bimbang jika hubungannya itu tidak menjadi kelak dan menjadi bahan yang diperkatakan.”

Sam pula menambah tentang hubungannya dengan aktres berusia 24 tahun itu. Baginya, Syatilla mempunyai ciri jodoh idaman serta berfikiran positif dan tidak bersikap hipokrit.
“Saya tidak akan merendah-rendahkan wanita terutama dalam memilih calon isteri yang sesuai untuk dijadikan teman hidup.

Sebab dalam soal mencari jodoh, saya perlu mendalami hati budi wanita berkenaan dan perlu tahu sama ada dia benar-benar ikhlas berkawan atau sebaliknya.

Saya turut menitikberatkan tentang keserasian dan hubungan baik antara keluarga kedua-dua belah pihak,” ujarnya jelas.

Saya tahu fizikal seseorang itu tidak boleh dijadikan pengukur untuk menentukan keindahan hati budinya.

Buat apa kalau wanita itu cantik tetapi tidak pandai mengambil hati saya dan keluarga. Akhirnya yang cantik itu akan bertukar menjadi buruk.”

MiG Online pun masih tidak dapat menjawab tentang seakrab mana hubungan mereka. Tapi nampak gayanya mereka macam ada hubungan istimewa sebab Syatilla selalu memuatnaik gambarnya bersama keluarga Sam di Instagram. Wah, kalau ada jodoh tak kemana kan. Apapun, MiG Online mendoakan masing-masing akan bertemu jodoh mereka. Cepat atau lambat sahaja, betul tak?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s