Anak Zul Huzaimy Pelengkap Gambar Pra-Perkahwinan Mereka

Teruja MiG Online dengar pelakon yang sering muncul dalam membawa watak antagonis, Zul Huzaimy Marzuki, bakal menikahi gadis pilihan hatinya yang bernama Misz Erna atau Nur Ernawati Mohamad Nor. Mereka sebelum ini telah mengikat tali pertunangan dua bulan yang lalu.
Dan khabarnya mereka bakal menjadi suami isteri yang sah pada Tahun Baru Cina ni, 20 Februari. Semua pun tau kan,  Zul sebelum ini pernah berkahwin dan telah bercerai pada tahun 2010 dan mempunyai seorang anak lelaki dari perkahwinan terdahulu bernama Awal Haziq yang merestui perkahwinannya dengan Misz Erna.
Selain tu juga, MiG Online dapat tau yang bakal isterinya adalah sepupu kepada Liyana Jasmay tau, patutlah MiG Online macam pernah lihat, tapi dimana tu MiG tak pasti. Rupanya sepupu kepada Liyana Jasmay. Hehe
Yang lagi comel dan menariknya lagi, sesi fotografi pra-perkahwinan mereka bagai sudah lengkap dengan kehadiran anak Zul Huzaimy di gambar pra-perkahwinan mereka. Semoga semuanya berjalan dengan baik dan lancar buat mereka berdua dan dipermudahkan urusan sehingga hari pernikahan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s