Punca Sebenar Penceraian Eizlan Yusof dan Vie Santie Harun

Berita yang sangat mengejutkan MiG Online apabila tiada angin dan ribut, tiba-tiba isteri kepada Eizlan Yusof telah memfailkan permohonan cerai. Pelakon Eizlan Yusof dan isterinya, Datin Vie Santie Harun sudah berumahtangga selama tujuh tahun dan akhirnya musnah apabila pasangan itu disahkan bercerai talak satu. Perceraian mereka telah disahkan oleh Mahkamah Syariah Gombak Timur, semalam.

Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin memutuskan perceraian itu selepas mendapati lafaz cerai yang diucapkan oleh Eizlan pada 28 September 2014 adalah sah.

Berdasarkan komen pengguna laman sosial, ada yang mengatakan punca perceraian disebabkan oleh pihak ketiga dan ada juga mengatakan gara-gara tidak bersefahaman dan sebagainya. 

Pasangan tersebut juga telah bersetuju tentang hak penjagaan tiga anak mereka diberikan kepada Vie Santie Harun selaku ibu. Manakala Eizlan mendapat kebenaran untuk bermalam dengan anak-anaknya pada masa yang dipersetujui bersama.

Vie Santie selaku plantif juga bersetuju tidak akan membuat tuntutan mutaah manakala nafkah edah pula akan diberikan mengikut budi bicara Eizlan.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Vie Zaara, Zareef Yusof dan V Zaalia yang berumur antara dua hingga enam tahun.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s