Shima Anuar Jadi Rebutan?

Makin hari, makin cantik Shima Anuar sekarang ni kan? Sampai jadi rebutan jejaka pulak tu. Tapi yang bagusnya Shima pilih orang kebanyakan dari VIP. Cuma yang sedihnya perhubungan dorang ditentang dan tak direstui oleh kedua-dua belah keluarga. Kesian Shima, tapi nak buat macam mana, itulah yang terjadi dalam telefilem terbaru terbitan Mangkin Prestij iaitu “Selipar Jepun Stileto Merah” yang telah pun ditayangkan di Hypp Sensasi, Saluran 116.

Telefilem ni dibintangi oleh Ryzal Jaafar, Shima Anuar, Adeline Tsen, Fadlan Hazim, Zalif Sidek dan lain-lain lagi.

Harini MIG Online nak cerita sikit dekat korang tentang sinopsis telefilem ‘Selipar Jepun Stileto Merah’

Stila dan Leto menetap di kawasan perumahan yang sama. Namun kediaman mereka terpisah melalui sebatang jalan yang membezakan kawasan perumahan orang-orang kaya dengan perumahan kos rendah yang didiami oleh golongan bawahan.
 
Secara simboliknya, jalan ini bukan sahaja memisahkan dua golongan masyarakat yang berbeza ini, tetapi juga dunia dan kehidupan mereka berdua. Satu-satunya tempat yang menjadi titik pertemuan mereka ialah tempat menunggu bas yang terletak diantara jalan ini. Di sini mereka sering bersua muka, tetapi tidak pernah bertegur sapa.
Apakah yang berlaku seterusnya? Mampukah cinta mereka bersatu akhirnya? Jangan ketinggalan untuk menyaksikan drama menarik ini setiap hari Rabu dan Khamis, jam 9.00 malam, di Hypp Sensasi (saluran HyppTV 116)
 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s