Ibu Tegar Kembali Mengemis?

Korang pernah tak rasa kena tipu dengan orang yang korang percaya sebelum ni? Terutama melibatkan duit. Itu lah yang terjadi dekat Si Tegar ni. Patutnya pengurus yang jaga dia, tapi pengurus yang ‘makan’ dia balik. MiG Online rasa sedih bila dengar Tegar baru nak ubah masa depan, tapi terpaksa harungi hidup yang dulu semula.

Penyanyi cilik dari Indonesia yang popular dengan lagu Aku Yang Dulu Bukan Yang Sekarang, dikatakan tak dapat merasa hasil titik peluhnya sendiri selepas bergelar artis. Ibunya terpaksa kembali ke jalanan untuk mengemis. Tegar sebelum ni berusaha untuk membahagiakan ibunya, tapi semuanya hilang dalam sekelip mata.

Sebelum ini, Tegar telah mengalami keadaan yang serupa ditipu pengurus lamanya. Nasib Tegar dikatakan umpama terlepas dari mulut buaya masuk ke mulut naga.

Pengurus yang telah menipu Tegar lebih dikenali dengan ‘A’ hilang dan lesap begitu je. Maklumlah, dah ada duit dalam tangan. Tambahan pula Tegar tu masih budak-budak. Dari cerita bekas pegawai perhubungan awam syarikat rakaman naungan Tegar, dia sekarang dah hilang sumber pendapatan.

“Saya simpati dengan Tegar. Dia kini berada di kampung kerana tidak bekerja lagi. Passport Tegar telah dibawa lari bekas pengurusnya ‘A’.

“Disebabkan itu Tegar tidak boleh ke mana-mana dan terpaksa menolak tawaran ‘show’ di Malaysia kerana tiada passport.

“Kasihan ibunya kini kembali mengemis kerana mereka tiada wang. Tidak sangka ‘A’ tergamak aniaya Tegar,” luahnya.

Dari sumber yang MiG Online dengar, ‘A’ ni orang Singapura. Tapi sekarang ni dia ada dekat Kuala Lumpur. Agak-agaknya buat apa lah tu kan?
“Saya dapat tahu ‘A’ di sini. Dia biarkan Tegar terkontang-kanting selepas dia dah tipu budak tu. Banyak duit Tegar habis disebabkan dia.

“Ibu Tegar pernah beritahu kepada salah seorang ahli kelab peminat Tegar di Malaysia yang anaknya tidak mempunyai sebarang simpanan sejak bersama ‘A’.

“Tegar juga pernah beritahu kepada ibunya dia tiada wang kerana ‘A’ membelanjakan wangnya sesuka hati,” ujarnya.

Ikut sumber yang MiG Online dengar kali terakhir Tegar dilihat bersama ‘A’ ialah pada dua minggu lepas ketika dia menghantar  penyanyi tersebut balik Indonesia.


“Dia hantar balik selepas sebulan ‘simpan’ Tegar di Malaysia tanpa kebenaran ibu dan syarikat rakaman di Jakarta.

“Sepanjang tempoh itu Tegar tidak dibenarkan menghubungi ibunya di kampung dan ‘A’ telah merampas telefon bimbit Tegar.

“Di Malaysia ‘A’ gunakan Tegar untuk kepentingan diri dia sendiri dan mencari populariti. Dia pernah bawa Tegar menumpang rumah beberapa peserta program realiti lawak popular Malaysia sambil menjaja cerita-cerita bohongnya.

“Kepada ‘A’, sudah-sudahlah menipu dan menganiaya orang lain. Pulangkan sahaja passport dan barangan peribadi berharga Tegar yang dilarikan sebelum tindakan diambil,” katanya mengakhiri perbualan.

MiG Online nak pesan, lepas ni korang mestilah kena lebih berhati-hati. Lagi-lagi melibatkan hal duit. Siapa pun boleh ‘gelap mata’ tau. Apapun, MiG Online harap peminat dekat luar sana doakan yang terbaik untuk Tegar dan ibunya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s