Jalan ‘Gelap’ Ada Kisah Tersendiri

Jalan Puncak Alam mula dibuka sekitar tahun 2008. Sejak jalan ini mula beroperasi, pelbagai pengalaman seram dan misteri terjadi kepada mereka yang melalui kawasan tersebut. Suara mengilai, akan kedengaran tepat jam 12 malam. Suasana jalan yang agak sunyi dan sepi menyelubungi pemandu yang memandu di kawasan tersebut. Hanya ditemani radio, pelajar tersebut memandu untuk pulang ke kampus yang berada di kawasan sekitar. Keadaan jalan yang gelap tanpa ada kenderaan yang lain sangat menyeramkan lebih-lebih lagi apabila berseorangan pada waktu begini. Apapun yang terjadi, pelajar tersebut perlu balik ke hostel. Sebelum ini ada yang bercerita dengannya tentang jalan tersebut dikatakan agak ‘keras’. Ada yang ternampak kelibat langsuir berterbangan, ada pula yang terdengar suara-suara pelik bila melalui jalan tersebut. Kisah pembunuhan misteri Altantuya juga masih berlegar dalam ingatan setiap masyarakat.  Lebih menyeramkan ada pula yang cerita sebuah kereta terlibat dalam kemalangan sekaligus meragut nyawa mereka tanpa mengetahui apa punca sebenar disebalik Jalan Puncak Alam. Jika ada antara korang yang tahu tentang jalan tersebut, tentu korang tahu ada hutan dan semak di kiri dan kanan bahu jalan.Tiba-tiba, kelibat seorang perempuan berpakaian serba putih seperti langsuir lalu dan terbang laju dihadapan cermin kereta pelajar tersebut. Tanpa henti-henti mengilai dari belakang kereta. Tiba di satu persimpangan, pelajar tersebut memandang dari cermin sisi keretanya dan kelibat berbaju putih hilang dari pandangan. Dalam keadaan yang menggeletar ketakutan, pelajar tersebut memandu keretanya selaju yang mungkin. Sebelum ini dia tidak pernah mempercayai cerita-cerita yang didengar. Akhirnya betul-betul terjadi pada diri sendiri. Sejak dari kejadian tu, pelajar tersebut tidak lagi memandu berseorangan pada waktu malam di ‘Jalan Gelap’  tersebut.  MiG Online nak share sekali lagi Mangkin Prestij akan muncul dengan filem terbaru “JALAN PUNCAK ALAM” Kalau korang nak tau Jalan mana yang MiG Online ceritakan ni, pastikan korang tunggu kemunculan filem yang bakal buat korang takkan berani lagi  lalu jalan tu berseorangan lagi lepas ni. Nantikan JALAN PUNCAK ALAM”!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s