Amir Raja Lawak Nikah Bulan Mac?

“I’M SORRY” adalah trademark oleh seseorang peserta Raja Lawak. MiG Online rasa semua orang tau siapa kalau bukan Amir Raja Lawak kan? Hehe.

Dengar kata Amir dah mula edar kad jemputan perkahwinannya dengan Nur Intan Syafinaz yang akan berlangsung pada 15 Mac ni di kediaman pihak perempuan di Kampung Kubu Gajah, Sungai Buloh. Wahh, Tahniah MiG Online nak ucapkan kepada bakal pasangan ni. Pasangan ini mengikat tali pertunangan mereka pada 13 Jun 2014 yang lepas.

Dari sumber yang MiG Online dengar, majlis tersebut akan diadakan secara sederhana yang dihadiri oleh keluarga dan rakan-rakan termasuklah pihak media yang dianggarkan kira-kira 500 orang tetamu.

Majlis resepsi pula akan mula pada pukul 12 tengah hari manakala pernikahannya pula akan berlangsung pada 14 Mac selepas Asar di lokasi yang sama.

“Alhamdulillah semuanya sudah hampir siap. Bagi saya pihak lelaki tidak banyak yang perlu disiapkan cuma dulang hantaran dan duit kenduri sahaja. 

“Kami belum buat keputusan nak beri berapa dulang kerana saya dengar ibu saya ingin buat penambahan lagi,” ujarnya.

Amir turut menyediakan wang hantaran sebanyak RM13,000 kepada pihak pengantin perempuan.

Jawab Amir selepas dia mendirikan rumah tangga ni, katanya lepas ni dia akan memberi perhatian kepada bisnes roti bakar yang baru sebulan lepas dijalankan di Sungai Pusu, Gombak.

“Selepas berumah tangga tanggungjawab juga lebih besar selepas ini dan saya perlu cari sumber pendapatan sampingan supaya kehidupan lebih selesa. 

“Saya ada membuka gerai roti bakar di Gombak dan saya rancang untuk buat secara serius supaya boleh menjadi sumber pendapatan sampingan kepada keluarga nanti,” ujarnya.

Wah, cayalah Amir. Dalam membuat persiapan perkahwinan pun masih lagi fikir soal bisnes. Bagus lah kalau macam tu, Amir dah fikir panjang untuk masa depannya. MiG Online harap segala persiapan yang telah dirancang, akan berjalan lancar hendakNya. Yang penting, jangan lupa jemput MiG Online makan nasi minyak okay? Hehe

One thought on “Amir Raja Lawak Nikah Bulan Mac?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s