Sara Ali Mengaku Sudah Ada Buah Hati?

Haish, makan hati lah jejaka-jejaka dekat luar sana tu, bila Sara Ali dah mengaku yang dia dah pun ada buah hati. Beruntung sungguh si jejaka yang berjaya mencuri hati Sara kan? John Shaqeel yang berusia 22 tahun merupakan seorang ahli perniagaan. Mereka berdua dah bercinta dalam beberapa bulan. Patut lah sejak dua menjak ni MiG Online tengok makin berseri Sara Ali sekarang, ada orang yang membahagiakan rupanya.

sara ali bercintaYang bagus tentang Sara ni, dia lansung tak berahsia dengan peminat tentang hubungan cinta mereka. Antara penjelasan Sara ;

“Ya, dia adalah kekasih saya dan kami sudah beberapa bulan bercinta dan sekarang masih dalam proses untuk mengenali satu sama lain.

Dia lebih muda daripada saya, namun bagi saya umur bukan suatu masalah atau ukuran yang penting kami serasi bersama.

Buat masa ini belum lagi ada perancangan kearah (bertunang/berkahwin) itu, dan kami masing-masing sibuk untuk membina kerjaya dahulu sebelum ke peringkat seterusnya. Doakan yang baik-baik sahaja.”

Sikap terbuka Sara Ali dan John Shaqeel buat ramai peminat mendoakan perhubungan mereka. Moga percintaan mereka ni berakhir ke jinjang pelamin. Nampak sesuai sangat mereka berdua kan :)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s