Gambar Eksklusif, Anugerah Meletop Era 2015

Anugerah Meletop Era 2015 yang berlangsung semalam di Stadium Putra Bukit Jalil, meriah! Buat pengetahuan korang semua, ni adalah tahun ketiga Penganjuran Anugerah Meletop Era tau.

Memang gamat suasana di sana semalam dengan penyokong, fans-fans yang turut sama memberi sokongan padu kepada artis kesayangan dorang. Antara artis yang membuat persembahan pada malam semalam, Akim and The Majistret, Hazama, Ramli Sarip, Jaclyn Victor dan ramai lagi.

Tak lupa juga, MiG Online nak ucapkan tahniah kepada Johan kerana telah berjaya membolot empat kategori di kemuncak Anugerah MeleTOP Era (AME 2015). Memang tak dapat disangkal lagi Johan layak mengungguli trofi tersebut. Johan membawa pulang empat trofi bagi kategori Penyampai Radio Meletop, Program Radio Meletop, Artis Lawak Meletop dan Top Top Meletop (Lelaki).

Ayda Jebat pula berjaya membolot  anugerah Artis Baru Meletop sekaligus dinobatkan sebagai artis Top Top MeleTOP AME 2015 (Perempuan). Tahniah sekali lagi dari MiG Online.

Untuk calon-calon lain yang kurang bernasib nasib untuk tahun ni, jangan risau. Mesti ada rezeki korang lepas ni. Dah tercalon tu pun dah kira ‘Win’ tau? Ni antara senarai penuh pemenang di #AME2015.

Bintang Top Top MeleTOP Lelaki: Johan

Bintang Top Top MeleTOP Wanita: Ayda Jebat

Drama TV Meletop: Bukan Kerana Aku Tak Cinta

Artis Lawak Meletop: Johan

Hos TV Meletop: Dato’ AC Mizal

Pelakon TV Meletop: Zul Ariffin

Program TV Meletop: Maharaja Lawak Mega 2013

Lagu Meletop: Mewangi – Akim & The Majistret

Penyanyi Meletop: Dato’ Siti Nurhaliza

Grup Duo Meletop: Akim & The Majistret

Penyampai Radio Meletop: Johan

Program Radio Meletop: JoHaRa Pagi Era

Filem Meletop: Abang Long Fadil

Bintang Filem Meletop: Nelydia Senrose

Fesyen Meletop: Nur Fazura

Artis Baharu Meletop: Ayda Jebat

Bintang Online Meletop: Dato’ Siti Nurhaliza

Couple Meletop: Scha Al-Yahya & Awal Ashaari

Jom kita layan gambar di sepanjang malam Anugerah Meletop Era 2015 semalam ;

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s