Uqasha Senrose Bercinta Dengan Anak Hartawan?

Uqasha Senrose yang bergandingan dengan Syafiq Kyle semalam di Anugerah Meletop Era 2015, nampak sepadan bersama. Bila dipetik cerita mengenai pelakon jelita Uqasha Senrose semua peminat mengenalinya dengan kecantikannya. Tapi timbul pula gosip katanya Uqasha diintai oleh seorang ahli perniagaan atau lebih tepat lagi anak hartawan.

Selepas mendengar berita tu, Uqasha pula mengulas yang dia langsung tidak tahu menahu tentang perkara tersebut. Dia pun tak pasti individu mana yang terlibat dengan dirinya.

“Saya langsung tidak mengetahui mengenai perkara itu dan pada saya gosip berkenaan adalah mengarut dan tidak mempunyai asas.

“Malah saya sendiri tidak mengetahui anak hartawan mana yang dimaksudkan,” katanya.

Bukan tu saja, ada pula berita yang didengar, kononnya mereka pernah keluar bersama. Tambahan pula, lelaki tersebut bukan orang bujang tapi dah bertunang dengan seorang pelakon baru meningkat naik.

Sudah-sudahlah buat cerita tidak benar mengenai saya. Saya sendiri pun tidak faham,” ujarnya.

Peminat tahu hubungannya dengan Syafiq memang agak mesra sejak dua menjak ni. MiG Online pun rasa tak mungkin Uqasha ada hati dengan orang lain kan? Mungkin pihak sebaliknya yang menaruh hati terhadap Uqasha. Apa nak buat, orang cantik, mestilah ramai orang ‘admire’. Moga¬†hubungan Uqasha dan Syafiq Kyle berpanjangan hingga ke jinjang pelamin ok.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s