Kumpulan Zero Makin ‘Demand’?

Selepas kemenangan Kumpulan Zero di program Maharaja Lawak Mega 2014, makin banyak pula perkara dan gosip yang melibatkan kumpulan mereka. Sebelum ni, hangat tentang isu Syaiful yang menangguh perkahwinannya kerana nak fokus dengan kerjaya, kali ni timbul pula tentang kononnya mereka semakin berlagak selepas dikenali, dan ‘bayaran’ semakin tinggi.

Sharif atau nama sebenarnya Sharif Kadir Doli Sharif berkata, dia betul-betul terkejut dengan berita tu, tapi dia menganggap tu semua sebagai satu kontroversi apabila dorang baru mula dikenali.

“Anggapan kami berlagak selepas MLM adalah salah kerana kami masih seperti dahulu dan pelik bagaimana tiba-tiba kami dituduh sedemikian.

“Bagaimanapun itu terpulang kepada pihak yang menilai kerana kami masih individu yang sama dan sedar akan asal usul kami,” katanya.

Ada pula desas-desus yang kata dorang ni makin sombong dan susah nak atur persembahan selepas jadi juara ni. Betul ke? Antara penjelasan mereka ;

“Kami sedar diri kami siapa dan dari mana asal usul kami. Tuduhan sedemikian tidak sepatutnya berlaku dan pada yang mengenali kami rasanya mereka tahu kami bagaimana.

“Tuduhan ‘demand’ dan sukar berurusan itu semua tidak benar malah Zero tidak pernah meletakkan sebarang harga tertentu,” jelasnya lagi.

Tentang isu mereka bertiga menolak tawaran untuk bernaung dibawah pengurusan Astro, Sharif berkata dia bukan menolak, sebaliknya mahu meminta masa untuk berfikir sebelum membuat keputusan. Buat masa ni, mereka lebih ingin belajar menguruskan karier mereka dalam selok belok dunia hiburan. Senang cakap mereka cuma nak berdikari sendiri lah kan.

“Bukan kami tolak tetapi minta masa untuk berfikir. Tambahan pula kami masih baharu dan tidak mahu bergantung kepada orang lain buat masa ini.

“Biarlah kami belajar menguruskan diri sendiri dahulu sebelum membuat sebarang keputusan,” katanya.

Pelbagai isu yang timbul selepas mereka dah terkenal ni kan. MiG Online yakin mereka masih ‘berpijak di bumi yang nyata’. Biasalah, sebagai anak seni, mereka pasti akan melalui situasi sebegini. MiG Online harap mereka akan menjadi kumpulan lawak yang berjaya dalam industri hiburan tanah air satu hari nanti.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s