Siti Elizad Bakal Tamatkan Zaman Bujang Dengan Duda?

Siti Elizad Mohd Sharifudin atau lebih dikenali dengan Elizad dikenali melalui beberapa lakonannya. Drama yang sedang ditayangkan di slot Akasia TV3, Teman Lelaki Upahan baru-baru ni turut menampilkan Elizad sebagai watak utama. Wah, semakin murah rezekinya. Tentang kisah percintaannya, Elizad mengaku bakal mengakhiri zaman bujangnya pada tahun ini dengan seorang duda. Tahniah MiG Online nak ucapkan kepada bakal pasangan ni.
Dari khabar yang MiG Online dengar, bakal pasangan Elizad merupakan salah seorang pekerja di syarikat permotoran Harley Davidson.
“Insya-ALLAH saya akan mendirikan rumah tangga pada tahun ini. Kalau ikutkan ia sepatutnya berlangsung April ini, tetapi kerana jadual kerja saya yang padat, ia ditunda ke satu tarikh lain.
 
“Saya serahkan segala pada keluarga dan Alhamdulillah keluarga terutamanya kakak ipar banyak membantu dari segi persiapan. Tapi buat masa ini belum ada sebarang persiapan di buat kerana tarikh pun belum ada lagi,” ujar Elizad.
Ikut kata Elizad lagi, dia sangat bersyukur dapat pasangan yang memahami dan tak pernah menghalang kerjayanya sebagai seorang pelakon walaupun selepas mereka berkahwin nanti.
“Dia jenis yang tak mengganggu kerja saya. Umur dia sudah 43 tahun dan matang. Kalau sudah berkahwin pun dia tak menghalang untuk saya meneruskan kerjaya lakonan saya ini. Paling penting dia memang tahu saya suka berlakon,” tambah Elizad.
Bagus lah kalau macam tu. Yang penting Elizad tak berahsia kepada umum dan peminat kan. MiG Online doakan semoga dipercepatkan jodoh dengan bakal pasangan okay?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s