Zain Saidin Dan Che Ta Tinggalkan Aaisyah?

Wah, semalam rupanya adalah hari kelahiran suami kepada Rozita Che Wan iaitu Zain Saidin. MiG Online nak ucapkan Selamat Hari Lahir buat Zain. Tahun lalu, hari lahir Zain diraikan isteri tercinta di Flora Terrace, Hampshire Place. Tahun ini lokasi yang sama dipilih sekali lagi untuk meraikan sambutan hari lahir Zain yang ke-31. Dengan bertemakan Glam Black, Che Ta lebih memilih untuk mengundang teman rapat dan ahli keluarga.

Majlis kesyukuran dan bacaan Yasin tersebut telah dipimpin oleh Imam Muda Asyraf.

Selain meraikan suami tersayang, Che Ta turut meraikan hari lahir penerbit popular, Fadzil Teh macam tahun sebelum ni. 

Sebut tentang Che Ta dan Zain nak tinggal kan Aaisyah, jangan salah sangka. Che Ta sebenarnya telah menghadiahkan pakej umrah buat Zain. Jadi, dengar kata, mereka akan berangkat ke Tanah Suci Makkah pada pagi 25 Februari ni.

“Kami akan pergi berdua ke sana. Ia umrah pertama saya dan isteri saya walaupun sudah beberapa kali mengerjakan umrah,” katanya.

Bila ditanya tentang kehidupannya sekarang, Zain sempat lagi bergurau membayangkan dirinya masih berusia 21 tahun. Banyak hal yang diimpikan selain mengharapkan rumah tangga bersama Rozita berpanjangan hingga ke Jannah.

“Saya mahu menceburi dunia perniagaan sendiri. Lagipun saya juga tak mampu meramal sampai bila akan bertahan dalam dunia seni. Saya perlukan sandaran.

“Buat permulaan saya dan teman artis, Hairie Safwan sedang mengusahakan perniagaan pakaian kanak-kanak dengan harga murah serta mampu milik. Ini langkah permulaan saya dan insya-Allah nanti saya merancang perniagaan pakaian juga tetapi lebih kepada pasaran atasan.

“Kami buat sementara waktu beroperasi hanya melalui dalam talian selain menyertai bazar di serata negeri tak lama lagi,”  jelasnya.

Tambah Zain, sejak hadirnya insan comel hasil perkongsian hidupnya dengan Che Ta iaitu Aaisyah Dhia Rana kini hidupnya bagaikan sudah lengkap dan sempurna.

“Hidup saya hampir sempurna. Tapi dari segi kewangan saya kena terus bekerja keras untuk memastikan kesenangan keluarga. Dengan usaha, insya-Allah rezeki itu takkan pernah putus. Kehadiran Aaisyah juga terus menambah rezeki.

“Aaisyah bagai rahmat istimewa buat saya dan isteri. Malah setiap orang yang berjumpa dengannya akan tersenyum gembira dan seakan dapat melupakan masalah yang ada,” katanya.

Tumpang gembira MiG Online dengar tentang kebahagian mereka. Moga urusan mereka mengerjakan ibadah Umrah dipermudahkan olehNya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s