Bekas Pelajar Program Realiti Dah Berhijab?

Alhamdulillah, suka MiG Online dengar tentang salah seorang bekas pelajar dari Program realiti Akademi Fantasia kini sudah berhijab penuh.

Lufya Omar yang sebelum ni dah dikenali melalui program realiti tersebut kini sudah berhijab. Penyanyi dan pelakon ni dah mengambil keputusan untuk bertudung litup pada 2 Februari lalu, yang juga jatuh pada hari lahirnya yang ke-30.

Tambah Lufya lagi, sebelum ni dia pernah terdetik untuk berhijrah, tapi dia terlalu memikirkan kerjaya. Cuma ada satu pesanan ibunya yang dia masih simpan hingga ke hari ni ;

“Saya pernah menangis memikirkan hal ini kerana hati belum kuat untuk membulatkan keputusan bertudung.

“Perasaan itu didorong dengan rasa takut dengan kebarangkalian serta kemungkinan tawaran seni akan putus. Tapi ibu saya selalu berpesan, rezeki Tuhan itu luas. Malah bertahun-tahun pesanan itu dititipkannya,” jelas Lufya.

Selain dari tu, antara perkara yang telah membuka hatinya untuk berhijab apabila satu hari tu dia jatuh sakit. Dan pada ketika tu lah Lufya banyak bermuhasabah diri. Bermula dari saat tu, Lufya pun buat keputusan untuk tetapkan pendiriannya berhijrah.

Lufya mengaku dia kurangkan aktiviti berlakon, kalau ada pun, dia akan menerima watak yang tidak bersentuhan dan yang sesuai dengan penampilannya sekarang.

MiG Online tumpang gembira dengan perubahan Lufya. Harapan MiG Online semoga Lufya terus istiqamah dalam segala keputusan yang dibuat selepas ni.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s