Jaafar Onn Pula Jadi Mangsa Pengganas?

Fuh, banyak betul isu dan jenayah dalam bulan Februari 2015 ni. Minggu lepas negara dikejutkan dengan sebuah video pengganas yang dikatakan mahu menyerang mahkamah ekoran tidak berpuas hati dengan sistem pentadbiran negara.

Baru ni, timbul lagi satu isu pemberontakan oleh sekumpulan pengganas menggelar diri mereka sebagai Anak Malaysia Anti Demokrasi (AMAD) yang tampil dengan ancaman bunuh melalui sebuah video.

Yang semakin panasnya, sebelum ni pangganas tersebut mengunakan foto Nora, Kali ni foto Jaafar Onn pula yang menjadi mangsa.

Kalau tengok betul-betul memang tak dapat disangkal lagi foto tu memang wajah Jaafar Onn. MiG Online rasa ni mungkin salah satu taktik mereka untuk membuat provokasi. Atau mereka sebenarnya minat hiburan?

Kalau sebelum ini Nora Danish bertindak membuat laporan polis, kita tunggu reaksi daripada Jaafar Onn pula. Tapi MiG Online masih lagi bingung dan tertanya-tanya, kenapa Jaafar Onn?

“Kami anak Malaysia Anti Demokrasi (AMAD) mengumumkan akan membunuh Ketua Polis Negara, meletupkan keretanya. Dengan demikian itu kesemua agensi kerajaan akan takut melakukan kesalalahan menipu demokrasi kerana rakyat Malaysia akan bangkit memilih jalan bukan demokrasi. Fuck demokrasi”

MiG Online pasti pihak polis akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap ancaman bunuh sebegini. Bukan perkara yang boleh dibuat main kalau dah mahu bunuh-membunuh ni kan? Kalau budak-budak ini nak bergurau sekali pun, bukan begini caranya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s