Siapa Sebenarnya Datuk Fazley Yaakob?

Penyanyi, pakar motivasi atau chef? Mana satu pilihan hati korang nak kategorikan Datuk Fazley ni. Ha, sebelum ni, mungkin korang kenal Datuk Fazley sebagai penyanyi kan. Tapi ramai remaja dan peminatnya yang bukan berbangsa Melayu tak kenal Datuk Fazley sebagai seorang penyanyi, gara-gara bakatnya lebih kepada bidang masakan sejak kebelakangan ini.

Mana taknya, sebelum ni kan Datuk Fazley pernah menjuarai MasterChef Selebriti Malaysia pada 2012. Ada pula peminat yang bagitau, muka Datuk Fazley hampir sama dengan seorang penyanyi yang digelar ‘Abang Asmara’. Ah sudah, dah memang dia tentulah mukanya serupa. Haha

“Kelakar bila ramai yang datang kepada saya dan memberitahu bahawa wajah saya sama seperti seorang penyanyi. Hal itu bukan sahaja terjadi kepada peminat berbangsa lain selain orang Melayu sebaliknya ada juga remaja dari Malaysia sendiri.

“Ada beberapa orang yang datang mendekati saya memberitahu saya seperti seorang penyanyi yang pernah digelar ‘abang asmara”, jelasnya.

 Selain itu juga, ada peminat dan penonton program masakan memujinya, walaupun seorang chef, tapi pandai menyanyi. Perkara tu jadi selepas Datuk Fazley buat persembahan nyanyian dalam sebuah acara demonstrasi tentang masakan.

“Selalunya kalau ada majlis masakan atau dipanggil untuk melakukan demontrasi, saya akan membuat persembahan nyanyian pada penghujung majlis.

“Selepas itu ramai penonton yang datang menghampiri saya dan memuji bahawa saya seorang cef yang pandai menyanyi, yang mana hakikatnya saya memang bermula sebagai seorang penyanyi,” ujarnya.

Ikut Fazley lagi, oleh sebab tu dia merancang nak kembali menyanyi  dan mungkin dalam perancangan akan keluarkan album kelima walaupun sebelum ni pernah menyepi diri selama empat tahun dalam bidang nyanyian.

“Saya dalam perancangan untuk keluar dengan album terbaharu pada Mei ini yang mana akan memuatkan lapan buah lagu. Single seterusnya juga akan dilancarkan dan ia adalah berkonsep balada dengan tajuk berkaitan dengan asmara seperti lagu-lagu sebelum ini,” ujarnya.

MiG Online sebenarnya ‘salute’ dengan Datuk Fazley ni tau. Macam-macam profession yang Datuk Fazley ceburi dan berjaya pulak tu. Apa-apa pun, MiG Online rasa walau dalam bidang mana pun yang diceburi selepas ni, moga semakin berjaya sebagai anak seni.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s