Akim Tunggu Stacy Terbuka Hati Peluk Islam

Sejak dari program realiti lagi dorang ni dah nampak mesra. Siapa yang tengok Akademi Fantasia mesti tau tentang hubungan mesra Stacy dan Akim dari dulu kan?
Baru-baru ni, Akim Ahmad  ada membuat satu kenyataan eksklusif  menerusi temubual bersama radio Era FM baru-baru ni dan mengaku yang dia dapat rasakan perasaan cinta terhadap Stacy.
Katanya, perhubungan dorang pun dah mendapat restu dari kedua belah pihak. Cuma buat masa sekarang ni, kata Akim dia perlu lebih berhati-hati berkenaan perkara ni sebab taknak lukakan hati sesiapa terutama keluarga.

“Alhamdulillah keluarga kedua-dua belah pihak sangat positif dan tiada halangan untuk kami meneruskan percintaan ini sekaligus mendedahkannya kepada umum selepas tiga tahun kami berkawan.

“Restu daripada mereka juga membuatkan kami berani untuk terbuka dalam soal tersebut biarpun sebelum ini kami lebih berhati-hati,” katanya

Ikut Akim lagi, dorang berdua belum rancang lagi untuk tamatkan zaman bujang dan menyerahkan semua tu kepada jodoh.

Belum sampai seru lagi dan Insya-Allah jika ada jodoh antara kami berdua pasti akan diberitahu kepada semua.

“Keluarga pun sudah beri restu, tinggal lagi kami belum merancang ke arah tersebut,” ujarnya.

Sementara itu, Akim berkata, dia tak akan memaksa Stacy untuk memeluk agama Islam sebaliknya membiarkan perkara itu datang daripada keikhlasan hati wanita itu sendiri.

“Proses untuk memeluk agama Islam saya serahkan kepada Stacy kerana kalau hati dia telah dibuka, Insya-Allah dia dengan sendiri akan buat.

“Saya tidak letak sebarang tempoh atau paksaan untuk dia berbuat demikian. Biarlah datang dari hatinya sendiri,” katanya.

Bagaimanapun kata Akim, sepanjang berkawan dengan Stacy, dia ada menunjukkan respon positif dan sangat meminati Islam. Dia juga sering bertanya soalan tentang pelbagai perkara kepadanya.

“Jujurnya saya bukanlah tahu sangat tentang agama tetapi jika dia tanya perkara tentang solat, Al-Quran dan perkara-perkara mudah yang lain saya akan jawab.

“Bukan tidak sudi untuk mengajarnya tetapi saya rasa tidak layak berbuat demikian dan sebaiknya dia belajar daripada ustaz atau ustazah,” ujarnya.

Nampak serius hubungan mereka ni kan. Kalau dah jodoh tak kemana. MiG Online yakin Akim mampu menangani perkara ni. Doakan mereka okay?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s