Atikah Suhaime Bercinta Dengan Juruterbang?

Pelakon Atikah Suhaime, satu nama yang sedang meningkat naik dalam industri seni. Siapa yang tak kenal dengan anak kelahiran dari Singapura ni kan? Banyak filem dan drama yang telah dilakonkan oleh Atikah antaranya baru-baru ni Filem Gudang Kubur. Warga Singapura yang nak melanggan filem Gudang Kubur boleh lah langgan di Starhub dan Singtel mulai hari ni okay?

Bakat lakonannya terserlah sejak awal pembabitan Atikah dalam dunia hiburan. Atikah juga tercalon dalam Finalis Top 5 ABPBH2014, untuk kategori Pelakon TV Wanita Popular dan pelakon Filem Wanita Popular.  Tahniah MiG Online ucapkan untuk 2 pencalonan ni.

Baru-baru ni ada pula berita yang MiG Online dengar katanya Atikah ni sedang bercinta dan dah ada kekasih. Seorang juruterbang dan kacak pulak tu. Fuh, makan hati lah jejaka kat luar sana tu kan?

Tapi gosip ni telah dinafikan oleh Atikah dan berharap tak dikaitkan dengan gosip cinta lagi. Yela, sebelum ni Atikah pernah dikaitkan dengan pelakon Hafreez Adam. Kali ni dengan juruterbang pula. Mungkin dorang hanya rapat atas dasar kawan. Nampak rapat tak semestinya bercinta. Betul tak?

Walaupun dengan siapa pun jodoh Atikah satu hari nanti, MiG Online doakan yang terbaik untuk jodoh dan karier Atikah Suhaime. Moga terus berjaya mengukir nama dalam industri dunia hiburan tanah air.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s