Ibu Shaheizy Sam Dah Penat Dengan Sam?

Siapa yang tak kenal dengan Shaheizy Sam lagi? Mustahil, jejaka rebutan gadis-gadis ni tak dikenali ramai kan. MiG Online baru tau yang Sam ni dah berusia 33 tahun. Maksudnya dah agak lama lah juga Sam berada dalam dunia hiburan? Tapi still nampak macam muda je betul tak siapa setuju?

Sebelum ni Sam ada dikaitkan dengan beberapa artis wanita yang cantik, ramai juga yang bertanya bila Sam nak menamatkan zaman bujang kan. Patutnya pada usia macam ni Sam dah patut ada keluarga atau mungkin ada 2, 3 orang anak. Tapi mungkin belum sampai jodoh untuk Sam. Bila dah sampai seru untuk Sam nanti, siapa yang tau kan? Mesti beruntung gadis yang dapat pikat hati Sam tu, hehe

Baru-baru ni, ibu Sam ada keluarkan satu kenyataan yang dah letih dengan Sam. Tapi sebenarnya bukan letih sebab mereka bergaduh atau apa, tapi disebabkan Sam sampai ke harini masih membujang.

Selama ini, semua orang tahu yang Sam memang rapat dengan ibunya, Khaty Fauziah. Lebih selesa dengan nama panggilan ‘Mummy Khaty’, ibu Sam melahirkan rasa ‘penat’nya menjaga anaknya itu dan mahu agar Sam bertemu jodoh tahun ini. Kata Mummy Khaty ;

“Sampai bila dia hendak membujang? Usia pun sudah 33 tahun. Makan, minum dan pakai, mummy yang masih menjaga semuanya. Sam seorang anak yang manja. Asyik mummy saja yang menyuap dia makan. Jadi, mummy sudah penat. Biarlah orang lain pula yang menguruskan dirinya.

“Mummy harap, Sam akan dapat isteri yang mampu menjaga dirinya seperti mana mummy lakukan selama ini. Soal pilihan hati, mummy serahkan kepada Sam kerana beliau yang akan meneruskan hidup sendiri. Kalau mummy cakap mummy hendak yang bertudung dan bukan dalam kalangan artis, mummy tetap tidak boleh buat apa-apa kalau pilihan Sam sebaliknya. Itu pilihan anak mummy dan mummy haruslah berkorban.”

shaheizy sam dan ibu

Macam tu lah cerita sebenarnya. Luahan hati seorang ibu mestilah nak tengok anak dia bahagia dalam berkeluargakan. Mungkin satu hari nanti sampai lah jodoh Sam tu. MiG Online akan doa-doakan Sam dipertemukan dan dipercepatkan jodohnya.

One thought on “Ibu Shaheizy Sam Dah Penat Dengan Sam?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s