Anak-Anak Awie dan Rozana Tersepit?

Sebelum ni kecoh tentang rumahtangga Awie yang semakin rapuh dek kerana pergaduhan mereka. Banyak perkara yang terjadi sehingga mahkamah telah memutuskan hak penjagaan anak menyebelahi pihak Rozana. Tapi dari kenyataan Rozana, Awie masih tidak memberikan hak penjagaan anak-anak kepadanya.

Terbaru, tindakan Rozana itu dah menimbulkan kemarahan Awie dan penyanyi rock itu memaklumkan kepada media yang anak-anak telah ‘dirompak’ oleh Rozana.

Menurut Awie lagi, dia kecewa dengan tindakan Rozana yang bawa lari dua anaknya ketika mereka di sekolah tanpa beritahu kepadanya terlebih dulu. Kata Awie ;

“Saya tidak pasti kenapa dia tidak mahu datang ke rumah saya sendiri untuk berjumpa dengan anak-anak tetapi dia akan ‘serang’ apabila saya tiada.

“Perbuatan dia membawa lari anak-anak dari sekolah dengan membawa polis bersenjata membuatkan saya terkilan.

“Saya ingin tahu siapa polis itu kerana saya ragu-ragu dengan identitinya kerana sesuka hati membawa senjata tambahan pula ke sekolah.”

Rozana pula memberi penjelasan, dia berbuat demikian kerana Awie tidak memberi kerjasama tentang hak penjagaan tersebut. Awie juga tidak boleh nak istilahkan anaknya “dirompak” untuk dalam keadaan sebegini. 

“Ia langsung tidak relevan. Anak-anak adalah darah daging saya. Saya ibu kandung mereka.

“Cuba fikir, macam mana saya mahu memaklumkan kepada dia terlebih dulu. Ini kerana setiap kali saya beritahu mahu mengambil anak-anak, mereka akan sepantas kilat dibawa lari.

“Tidak perlu dia (Awie) canang di media mengenai keraguan terhadap polis berpakaian preman. Rujuk saja ke Balai Polis Melawati untuk mendapatkan butiran anggota terbabit,” katanya.

Sebelum ini, mahkamah memutuskan hak penjagaan tiga anak termasuk anak sulung, Putra Ahmad Merah, 8, diserahkan kepada Rozana hingga perintah kekal hak jagaan dikeluarkan. Terdahulu, Awie mendapat hak jagaan sementara secara ex-parte daripada mahkamah.

Mengulas dakwaan Rozana tidak menghantar Putra Ahmad Rezzki dan Puteri Qasseh Antasha ke sekolah sejak hari mereka diletakkan di bawah jagaannya, Rozana menjelaskan, proses pertukaran sekolah tertangguh berikutan masalah sijil kelahiran.

“Memang mereka akan ditukarkan ke sekolah lain. Tetapi urusan pertukaran tergendala disebabkan surat beranak mereka tidak lagi sah diguna pakai selepas Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan mendapati sijil nikah kami palsu.

“Apabila sijil nikah palsu digunakan, secara automatik surat beranak atau sijil kelahiran anak-anak tidak lagi sah daripada segi undang-undang. Bagi saya, tidak perlu beriya-iya hantar anak ke sekolah swasta.

“Sekolah bukan penentu utama kejayaan anak-anak. Asuhan ibu bapa lebih penting,” katanya.

Kesian dengan nasib anak-anak mereka. Sejak tahun lalu lagi rumah tangga Awie sudah goyah. MiG Online harap perkara ini dapat diselesaikan dengan segera, yelah kesian dekat anak-anak yang jadi mangsa keadaan pergaduhan mereka.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s