Jep Nafi Mengamuk, Mahu Saman Akhbar?

Satu lagi isu panas melibatkan pelawak yang dikenali ramai. Terlalu banyak kontroversi yang melanda dirinya. Baru-baru ni, mengenai Jep Sepahtu dikatakan nak ambil tindakan menyaman akhbar yang didakwa dah memfitnah dirinya berkaitan isu mengamuk selepas kalah dengan kumpulan Zero pada Maharaja Lawak Mega 2014.

Isu berkenaan dah tersebar di sebuah akhbar tempatan beberapa minggu lalu dan di dalam ruangan tersebut, katanya Jep bertindak memaki-hamun kru yang berada di belakang pentas sebaik sahaja nama Zero diumumkan sebagai juara MLM2014.

Tambah lagi, pihak akhbar tersebut menyebut, anak kelahiran Johor tu mengugut akan mencari orang yang nak menjatuhkan nama Sepahtu sampai dia dan Shuib tewas pada malam final MLM2014 tersebut.

Tegas Jep pula, itu adalah fitnah. Dia ada mendapatkan nasihat peguam untuk tindakan selanjutnya.

Kenyataan Jep lagi, lepas tamat sahaja MLM2014, beliau dan Shuib terus dibawa oleh dua kakitangan Astro ke bilik sidang akhbar.

Jelas Jep,Sepanjang perjalanan ke sana, tiada apa-apa pun yang berlaku. Tambahan pula, dua individu yang mengiringi kami itu menjadi saksi bahawa saya tidak mengamuk pun pada malam tersebut”.

Macam-macam cerita yang timbul tentang kontroversi artis kita ni kan. Kadang-kadang ada je cerita yang tak betul keluar dari media cetak atau media sosial yang belum tentu sahih ceritanya. Kita pun jangan cepat percaya dengan segala bentuk medium yang belum tentu tepat maklumatnya. Apapun, setiap perkara yang terjadi pasti akan ada jalan penyelesaiannya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s