Saya Dan Zizan Sudah Lama Tiada Apa-Apa -Emma Maembong

Fuhh, yang ni paling menggemparkan okay. Kenapa Mig Online kata gempar tentang percintaan Zizan Razak dan Emma Maembong ni? Sebabnya kisah percintaan mereka ni macam chipsmore. Kejap ada, kejap takada. Sekejap merajuk, kejap berbaik semula. Kalau sebelum ni ramai yang menganggap Zizan dan Emma dah berbaik semula, tapi sangkaan peminat semua meleset. Sebenarnya perhubungan mereka tak pernah pulih seperti yang dinyatakan oleh Zizan sebelum ini.

Tapi sebelum ni, mesti korang tau tentang kisah seseorang yang rapat dengan Zizan buat masa sekarang ni kan? Emma Maembong pun turut sama beri komen tentang hadirnya orang ketiga iaitu pegawai stesen Astro dalam percintaan mereka. Antara penjelasan Emma ;

“Sebenarnya, saya dan Zizan sudah lama tidak ada apa-apa hubungan cinta dengan dia iaitu sebelum saya umum kepada media hingga sekarang. Kami tidak pernah sambung semula hubungan itu seperti yang diberitahu kepada umum. Cuma kami masih berhubungan sebagai kawan dan saya masih lagi sokong dia dalam bidang seni, tetapi ia tidak sama seperti dulu lagi.

“Saya malas untuk keluar kenyataan apa-apa sahaja kerana apa yang saya katakan mesti salah di mata orang. Orang akan tuduh saya seperti budak-budak dan bersikap tidak matang. Saya yakin kalau mereka berada ditempat saya sekalipun, mereka akan lakukan perkara yang sama.

Saya tidak mahu ambil tahu (tentang gosip Zizan kini rapat dengan orang kuat sebuah stesen televisyen) dan biarlah dia lakukan terbaik buat dirinya dan selesaikan hal itu sendiri. Kalau saya komen lebih-lebih peminat dia akan serang saya di laman sosial. Orang ramai tetap menyalahkan saya juga.

“Tentang wanita itu, hmmm… yelah mungkin benar lah kot kata mereka, sentiasa ke mana-mana bersama kerana ada urusan kerja yang penting untuk diselesaikan.” jelasnya.

Kenyataan Emma bunyinya macam kecewa. Tapi jelaslah semuanya tentang perhubungan mereka yang sebelum ni menjadi tanda tanya peminat. MiG Online pasti peminat Zizan dan Emma agak kecewa dengan kenyataan ini, tapi mungkin ni semua ada hikmahNya, siapa yang tau kan. Kita doakan jelah untuk mereka. Walaupun Emma menggangap Zizan sebagai kawan, mulut boleh cakap, tapi mana tau satu hari nanti cinta mereka kembali ‘bertaut’ kan. “Pantai pun boleh berubah, nikan pula hati manusia” Doakan saje🙂

One thought on “Saya Dan Zizan Sudah Lama Tiada Apa-Apa -Emma Maembong

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s