Zizan, Emma Buat Mamat Khalid Terkilan?

Semalam berlangsungnya hari tayangan perdana Filem Werewolf Dari Bangladesh yang merupakan arahan pengarah filem terkenal, Mamat Khalid. Tapi ada satu perkara yang buat pengarah tu kecewa bila pelakon utama Zizan Razak dan Emma Maembong dalam filem tersebut tidak hadirkan diri dan membatalkan ‘last minute’.

“Kalau diikutkan rasa kecewa, itu memang ada. Bagaimanapun, saya cuma tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan”

“Apatah lagi, mereka bukannya tidak tahu mengenai acara tayangan perdana bersama media pada malam ini,” kata Mamat Khalid.

Mamat berkata, dia baru dimaklumkan pihak produksi mengenai ketidak hadiran pelakon itu pada acara tayangan berkenaan.

“Justeru, kalau boleh saya tidak mahu membuat sebarang andaian dan berharap mereka dapat tampil memberi penjelasan masing-masing”

“Bagaimanapun, dari sudut pandangan saya kalau difikir-fikirkan balik saya yang perlukan mereka (pelakon) untuk menghasilkan filem ini. Saya yang beri tawaran kepada mereka”

” Jadi, saya terpaksalah terima keadaan ini. Apa lagi, saya melihat diri adalah seorang pengarah yang kerdil dalam industri ini. Saya tetap yakin pada kekuatan filem ini meskipun dua orang watak utama itu tidak hadir untuk mempromosi filem lakonan mereka,” katanya.

“Apapun, saya juga pernah berbicara dengan Zizan diaplikasi Whatsapp untuk dia membantu sedikit sebanyak promosi bagi filem ini. Antaranya, saya ada menghantar bahan untuk promosi filem seperti poster dan laman web video klip untuk Zizan bantu promosikan di laman sosialnya,” katanya.

MiG Online pun agak terkejut dengan cerita ni. Apa-apa pun, MiG Online tak menyebelahi mana-mana pihak. Mungkin mereka ada alasan mereka tersendiri. Kita hanya perlu tunggu penjelasan dari mereka berdua pula.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s