Fara Fauzana Mengaku Ada Buah Hati?

Mesti ramai yang kenal dengan penyampai radio popular Fara Fauzana kan? Siapa yang tak kekal dengan Fafau ni betul tak, hehe. Tapi bila ditanya soal jodoh sebelum ni, Fafau lebih membiarkan peminat berteka-teki tentang jodohnya. Tapi hari ni secara eksklusif di rancangan Melodi tadi, Fara Fauzana mengaku bahawa dia sudah mempunyai teman lelaki. Wahh! MiG Online yang excited dengar.

Fara kata dia tak berniat nak mendedah hubungannya dengan jejaka tersebut, cuma dia harap agar peminat mendoakan yang terbaik untuknya.

“Saya sangat private perkara sebegini walaupun dengan kawan sendiri. Saya wanita Melayu dan Islam. Saya perlu jaga sedikit lebih. Saya juga lebih selesa untuk keep it to myself. Banyak hati yang saya perlu jaga, family, bestfriend.

“Setiap orang mahu impikan sesuatu yang baik. Saya harap anda boleh doakan yang terbaik untuk saya dan juga orang di luar sana,” ujarnya.

Kalau sebelum ni, dalam dua tahun lalu, Fara mengaku dia dah menyiapkan rekaan kad jemputan perkahwinan walaupun ketika itu masih belum berpunya. Mungkin tak lama lagi bila sampai masanya, sampai lah kad kahwin dia kepada kami. Tak gitu Fara? Hehe

Alhamdulillah, kalau sudah sampai jodohnya. MiG Online doakan yang terbaik supaya dipercepatkan jodoh Fara bersama pasangan. Peminat semua mesti dah tak sabar nak tunggu siapa jejaka yang Fara sebutkan tu kan. Hehe

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s