Cinta Tasha Shilla Putus Di Tengah Jalan?

Kalau sebelum ni, Tasha Shilla pernah dikaitkan dengan pemain bola sepak kebangsaan, Mahali Jasuli. Namun, setelah menyulam cinta sejak dari tahun 2013 lagi dengan kekasihnya seorang ahli sukan Muay Thai, Han Chen Wong, akhirnya hubungan cinta pasangan romantik ini dikatakan terputus ditengah jalan.
Terkejut MiG Online dengar cerita ni. Tambah lagi, bila dikatakan punca perpisahan mereka adalah kerana perbezaan agama. Sebelum ni, seperti yang semua peminat tahu, katanya hubungan cinta mereka telah direstui oleh keluarga Tasha.
Mungkin sebelah pihak lagi tidak merestui atau ada sesuatu yang kita tak tahu menyebabkan Tasha Shilla tidak lagi bersama dengan kekasihnya yang berketurunan Tionghua tu.
MiG Online cuba nak dapatkan kepastian, bila MiG Online scroll Instagram miliknya, memang takde lagi gambar dorang bersama macam selalu.
Bila ditanya kepada Tasha tentang perkara ini, Tasha seakan-akan mengelak untuk menjawab isu putus cinta ni kepada peminat, “Maaf saya sedang bercuti ketika ini,” ujarnya.
Pasangan yang dianggap paling romantik ni terus dirundung malang selepas keluar kenyataan tentang  kononnya, Tasha ni gadis peneman atau lebih tepat lagi escort girl.  
MiG Online harapkan Tasha terus tabah dalam meneruskan kariernya sebagai seorang anak seni. Isu sebegini mungkin dah lumrah bagi mereka sebagai artis tanah air.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s