Juliana Evans Nafi Ada Hubungan Cinta Dengan SonaOne

Gosip baru timbul bila dikatakan pelakon cantik Juliana Evans dan SonaOne ni bercinta? Tapi betul ke? Selepas kemenangan SonaOne dan Joe Flizzow dengan lagu “Apa Khabar” di Anugerah Juara Lagu 29, terus membuatkan nama SonaOne melonjak naik dalam muzik industri.

Tapi cerita terbaru tentang SonaOne yang sekarang ni dikaitkan bercinta dengan Juliana Evans semakin meluas dalam laman sosial. Hal ni diperkatakan oleh peminat bila dorang sering memuatnaik gambar bersama. Macam ada apa-apa je ni kan. Hehe

Tapi perkara tersebut telah dinafikan oleh empunya badan sendiri iaitu Juliana Evans. Jue tambah lagi, perkara ni terjadi dan berpunca daripada usikan rakan-rakan ketika mereka memuatnaik gambar di laman sosial Instagram.

Ikut Jue lagi, dia dah jangka spekulasi ni akan tersebar dan dia menegaskan dia tidak mempunyai sebarang masalah untuk mengakuinya tapi kalau ianya betul-betul berasas.


Sebelum ni mereka memang dah lama berkawan. Kata Jue sebelum dia menyambung pelajarannya di Amerika Syarikat lagi. Bila ditanya gosip ni kepada SonaOne, SonaOne hanya menganggap ni semua perkara yang lucu dan tak logik baginya. Mereka hanya rapat sebagai kawan dan akan sentiasa menyokong antara satu sama lain.

“Saya rasa gosip yang mengatakan kami sedang bercinta ini agak kelakar kerana kami sudah berkawan rapat sejak dulu lagi. Malah, saya dan Juliana sudah berkawan sejak usia kami kecil.

“Mungkin ada pihak yang suka melihat kami sebagai sepasang kekasih dan cuba untuk menyatukan kami berdua. Namun buat masa ini saya mahu fokus dengan muzik yang saya perjuangkan dan tiada masa untuk bercinta,” jelasnya.

Pada pendapat MiG Online, kalau dorang bercinta pun takde salahnya kan? Masing-masing nampak serasi bersama, tak gitu? Apa kata korang pula?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s