Ada Yang Mahu Menjatuhkan Reputasi Zizan Razak?

Baru-baru ni pengarah urusan KRU Studios, Norman Abdul Halim  merasakan macam ada gerakan yang cuba menjatuhkan imej dan reputasi pelawak Zizan Razak.
Selepas beberapa kontroversi hangat yang berkaitan Zizan tersebar, katanya nama pelawak itu semakin menurun bila terlibat dengan kontroversi begini. Lepas satu, satu perkara buruk yang berlaku kepada Zizan.
“Saya perhatikan sepanjang beberapa bulan ini seperti ada satu gerakan yang cuba untuk menjatuhkan Zizan.
“Bagaimanapun, saya tidak tahu siapa di belakang dia atau mungkin ada orang tidak suka pada dia, itu saya tidak tahu,” ujarnya ketika sidang media selepas majlis tayangan perdana filem Cicakman 3 yang diadakan di Cathay Cineplax, malam Selasa lalu.
Norman bukan nak menyebelahi Zizan, tapi bila diteliti semakin hari, semakin banyak isu negatif yang terjadi menyebabkan reputasi Zizan agak terjejas sejak dua menjak ni.
Tambah Norman lagi, bila kontroversi antara Zizan dan Putri Yasmin tersebar, makin membuatkan beliau merasakan perkara itu kelakar.

“Saya dengar tentang kisah cinta dia, saya tergelak, dan bila saya tahu siapa wanita itu, lagilah saya tergelak. Tidak payah beratkan isu ini.
“Bila orang cari salah dia itu akan membuatkan dia tertekan dan sentiasa melarikan diri. Saya pernah lalui apa yang dia lalui sekarang. Kadang-kadang kontroversi itu berat sangat sampai kita tidak mahu berhadapan dengan orang ramai,” ujarnya.
Tambahnya, jika perkara buruk itu berlarutan ia mampu menyekat bakat pelawak tersebut sebagai seorang pelakon yang baik.
“Saya kenal dia sudah lama dan menganggapnya sebagai sahabat, bagi saya jika perkara remeh ini diperbesarkan ia akan menyekat bakat dia.
“Sayang bakat yang dia ada, dia bukan sahaja boleh melawak, tetapi boleh juga berlakon dengan baik dan saya berharap kita tidak membesarkan isu-isu remeh itu,” ujarnya.
Bila diminta Zizan mengulas lanjut tentang gerakan yang mahu menjatuhkannya, kata Zizan ;
“Saya tidak tahu tentang itu, pada saya itu adalah persepsi orang lebih profesional yang nampak apa berlaku kepada saya.
“Semakin saya buat perkara yang positik, semakin banyak pula perkara negatif yang datang. Ini semua adalah dugaan dalam hidup,” ujarnya.
Bersabar lah ye Zan, ni semua mungkin ujian yang diberi olehNya. Setiap yang terjadi pasti akan ada hikmah. Hidup ni ibarat roda. Kadang kita diatas, dan kadang kita dibawah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s