Malique ‘Too Phat’ Tuju Lagu Rindu Buat Joe Flizzow?

Bekas ahli kumpulan ‘Too Phat’ kini kembali  dengan ciptaan lagu terbarunya yang berjudul ‘Rindu’. Siapa yang tidak kenal dengan penyanyi rappers yang berbakat besar seperti Malique kan?

Selain daripada mencipta lagu, Malique juga mempunyai syarikat miliknya sendiri iaitu Qarma MusiQ. Penyanyi yang banyak mengukir nama dalam industri seni ni masih wujud dan teguh dengan karya-karya ciptaannya. Antara lagu yang tidak pernah mengecewakan MiG Online dan peminat adalah seperti lagu Senyum, Teman Pengganti, Maafkan Kamu dan banyak lagi.

Bila disebut tentang lagu terbaru yang dihasilkan oleh Malique yang dinyanyikan oleh Shae, bertajuk ‘Rindu’, ramai peminat yang bertanya adakah lagu tersebut ditujukan buat seseorang? Ada juga yang kata lagu tersebut macam membalas lagu ‘Apa Khabar’ yang dibawakan oleh Joe Flizzow.

Walaupun MiG Online rasa apa yang peminat katakan itu macam ada betulnya, tapi perkara tersebut telah dinafikan oleh Joe sendiri selepas dihubungi oleh Malique berkenaan lagu tu. Ternyata ianya tidak benar, dan terus terang mereka katakan bahawa lagu ‘Rindu’ tiada kaitan dengan lagu ‘Apa Khabar’.

Ikut Joe lagi dia gembira dengan ‘comeback’ Malique selepas lama menyepi dalam industri. Tapi bukan tu je, Joe sempat lagi mengucapkan selamat maju jaya kepada Malique dan berharap karya terbarunya itu bakal mengukuhkan lagi industri muzik tempatan.

Wah, seronok bila MiG Online dengar tentang mereka. Buang yang keruh ambil yang jernih lah ye. Yang MiG Online respect, walau apa yang jadi sekali pun dorang still lagi support antara satu sama lain. Macam ni lah baru syok, hehe🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s