Pasangan Zul Ariffin Sudah Bersedia Mahu Peluk Islam?

Pelakon Rindu Awak 200%, Zul Ariffin kini semakin disebut-sebut dan dikenali ramai. Siapa yang tak kenal dengan abang sado ni kan? Bila sebut soal cinta, Zul dah lama mengaku ada hubungan cinta dengan Gayatri yang juga Naib Presiden Astro Shaw, sejak Jun 2012 lagi. 

Kisah percintaan mereka yang sudah lama berputik dan mungkin akan ditamatkan sebagai pasangan suami isteri tak lama lagi. Tapi tidak semudah yang dijangka, apabila perhubungan mereka agak rumit kerana perbezaan agama.

Sehubungan dengan perkara tu, Zul ada memberitahu yang kekasihnya, Gayatri Su-Lin Pillai, sudah bersedia untuk memeluk agama Islam sebelum mereka disatukan.

Ikut Zul lagi, Gayatri sudah bersedia dan hanya menunggu lampu hijau daripadanya untuk menetapkan tarikh yang sesuai perkahwinan mereka untuk dilangsungkan.

“Gayatri meminta saya memaklumkan kepadanya lebih awal sekiranya saya sudah bersedia untuk mengambilnya sebagai isteri agar dia boleh buat persediaan awal untuk menjadi seorang mualaf,” kata Zul.

Tambah Zul lagi, kadang kala bila timbul soal kahwin tu perasaannya hilang serta merta. Bukan kerana Zul tidak cintakan Gayatri tetapi dia risau keadaan kewangan yang masih belum kukuh untuk bergelar seorang suami.

“Jujur saya katakan, saya sudah bersedia untuk menggalas tanggungjawab sebagai suami dan pada masa sama membimbing Gayatri menjadi seorang wanita Muslimah. Tidak ada masalah untuk itu.

“Cuma apa yang saya bimbangkan, kerjaya sebagai pelakon, ada masanya naik dan turun. Risau dengan kedudukan kewangan sendiri selepas berumah tangga kelak. Mujurlah Gayatri faham dengan situasi saya ini,” ujarnya.

Suka MiG Online dengar tentang hubungan mereka yang bakal disatukan tak lama lagi. Moga segala urusan mereka berjalan dengan lancar dan dipermudahkan  olehNya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s