Lisa Surihani Bersara?

Betul ke Lisa akan bersara? Pelakon berbakat besar Lisa Surihani  yang membintangi filem arahan suaminya Cicakman 3 baru-baru ni, memberi penjelasan kepada peminat, jelasnya dia bukanlah bersara seperti yang dikhabarkan, tapi dia akan berehat sementara waktu untuk memberikan tumpuan pada proses penghamilannya.

“Saya tak nak kata putus. Segala-galanya pun kena cek dengan Doktor. Sekiranya tidak ada apa yang berlaku dan saya rasa macam ada kekuatan untuk melakukan apa sahaja, dan sebab itulah saya tak nak ada kata putus lagi”.

“Untuk masa sekarang saya memang tak melakukan sebarang penggambaran filem sebab nak berhati-hati, tapi Yusry hari itu bagi team production masuk dan melakukan penggambaran di rumah. Katanya nak bagi saya supaya tidak terlalu rindu untuk berlakon dan melakukan penggambaran,” tambahnya.

Selain tu juga, bila disebut tentang kehamilannya, Lisa turut memberitahu Yusry macam tak sabar yang mereka akan menyambut hari bahagia dengan orang baru tak lama lagi.

“Dia (Yusry) kata ‘Insha Allah tahun hadapan kita akan menyambut bertiga’ bersempena dengan majlis ulangtahun perkahwinan kami itu sahaja,” jelasnya.

Bukan Yusry je yang tak sabar tau Lisa, semua peminat dan termasuk MiG Online pun sendiri ‘excited’ nak tunggu kedatangan si comel tu nanti. Hehe, Apapun, MiG Online doakan semuanya berjalan lancar bila sampai waktunya nanti.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s