Benji Dicekup Buat Kali Ketiga?

Pelakon Benji atau Khaeryll Benjamin Ibrahim yang berusia 37 tahun, ditahan buat kali ketiga kerana memiliki dadah jenis Syabu semalam. Sebelum ni pada tahun 2009 dan 2011, anak kepada Allahyarhamah seniwati Azean Irdawaty itu pernah ditahan atas kesalahan sama.

Katanya lagi dia telah ditahan dengan seorang wanita dan lelaki di sebuah hotel di ibu negara semalam. Dari hasil pemeriksaan anggota polis dari cawangan Narkotik IPK  Kuala Lumpur telah menjumpai dua peket plastik lutsinar dan satu keratan peket plastik lutsinar mengandungi bahan disyaki dadah jenis Syabu.

Pemeriksaan terhadap beg tangan pula telah menjumpai satu peket plastik lutsinar mengandungi 11 peket plastik lutsinar disyaki dadah.

Pihak polis turut menjumpai sepucuk pistol angina di dalam sebuah bilik yang mengandungi 14 butir peluru bebola besi. Kesemua mereka telah ditahan di bawah Sekyen 39(A) Akda Dadah Berbahaya 1952 dan Sekyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah dan Seksyen 36 Akta Senjata 1960 kerana memiliki senjata.

One thought on “Benji Dicekup Buat Kali Ketiga?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s