Erra Fazira Berkawan Dengan Seseorang?

Penyanyi, pelakon, dan pengacara yang masih ‘hot’ dari dulu sampai lah sekarang, Erra Fazira baru-baru ni mengaku yang dia sudah mempunyai teman istimewa. Tapi mungkin buat masa ni bukan masa yang sesuai dan belum tiba saatnya untuk dia berterang-terang tentang lelaki tersebut.

“Iya, saya mengaku sedang berkawan dengan seseorang. Siapakah dia, biarlah rahsia. Saya membuat pengakuan ini kerana mahu hentikan cakap-cakap orang yang suka mengaitkan saya dengan mana-mana lelaki. Buat masa ini biarlah saya rahsiakan identitinya dulu”

“Ini kerana kami masih lagi dalam proses mengenali antara satu sama lain. Selanjutnya biarlah keadaan dan masa yang akan menentukannya,” katanya dipetik di Harian Metro selain menyatakan bahawa dia tidak selesa apabila ada pihak menggalakkan dirinya dan Awie kembali bersama.

Ikut Erra lagi, dia memang mengaku dia seorang yang sangat memilih dalam mencari teman istimewa dan dia juga tak suka lelaki yang membuang masa dalam menentukan hala tuju dalam hidup.

MiG Online dapat jangka mesti jejaka dekat luar sana tu semua “frust” lepas dengar Erra Fazira dah ada calon kan? Takpelah, mungkin bukan rezeki kome semua kali ni. hehe. MiG Online harap siapa pun jodoh Erra, MiG Online akan doakan yang terbaik ok.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s