Fad Bocey Pilih Nur Syahirah?

Wah, seorang lagi pelawak tanahair bakal menamatkan zaman bujang dengan pilihan hatinya, Fad Bocey. Sebelum ni, kita dah dengar tentang Fad Bocey sedang hangat bercinta dengan seseorang gadis manis melalui gambar-gambar yang dimuatnaik di laman sosialnya.

Harini, MiG online dapat tau yang Fad bakal mendirikan rumahtangga bersama pasangan pada 14 Mac ni. Tahniah Fad Bocey dan pasangan. Mereka telah mendapat restu daripada ibu bapa pihak perempuan dan membuat keputusan untuk berkahwin meskipun baru 5 bulan menjadi pasangan kekasih.

Majlis pernikahan yang akan diadakan di Jitra, Kedah iaitu kediaman kekasihnya Nur Syahirah yang masih menuntut di institusi pengajian tinggi. Majlis resepsi perkahwinan mereka pula bakal berlangsung di Dewan Tun Rahah, Kuala Lumpur pada tanggal 23 Mei 2015.

“Saya akan melangsungkan perkahwinan pada 14 Mac ini dengan kekasih saya iaitu Nur Syahirah di kediamannya di Jitra, Kedah.

Insya-Allah semua persiapan berjalan lancar dan pada majlis tersebut kami akan bertunang di sebelah pagi dan akad nikah berlangsung pada sebelah petangnya”.

Fad menggambarkan sifat kekasihnya seorang yang mudah memahami dan pertama kali berjumpa hatinya sudah terpaut. Ni kira macam cinta pandang pertama lah ni ye? hehe.

“Kami kenal sudah dua tahun iaitu ketika dalam MLM2013, dia selalu datang ke program MLM2013 untuk menemani Jihan Muse dan daripada situ saya sudah mula terpikat”.

Tahniah MiG Online ucapkan buat Fad Bocey dan kekasihnya. Moga rumahtangga yang bakal dibina ni akan memberi kebahagiaan buat mereka berdua🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s